Utusan Borneo (Sabah)

Mesir temui makam purba di Luxor

Artifak, keranda batu dan mumia antara yang terkandung di dalam makam

-

LUXOR: Mesir kelmarin mendedahka­n sebuah makam purba, artifak keranda batu dan pengebumia­n yang ditemui dalam nekropolis Theban bagi AlAssasif di bandar selatan Luxor.

Dalam upacara di depan kuil Ratu Hatshepsut, Menteri Antikuiti Khaled al-Anani mengumumka­n ahli arkeologi Perancis dan Mesir telah menemui sebuah makam baharu dengan lukisan yang sangat menarik.

Terletak di antara makammakam diraja di Lembah Ratu-Ratu dan Lembah RajaRaja, nekropolis Al-Assasif merupakan kawasan pengebumia­n golongan bangsawan dan pegawai kanan yang rapat dengan Firaun.

Antara penemuan di dalam makam adalah keranda batu, patung dan kira-kira 1,000 patung pengebumia­n dikenali sebagai ‘Ushabtis’ yang diperbuat dari kayu, ‘faience’ dan tanah liat.

Makam yang bertarikh sejak Kerajaan Pertengaha­n, yang meliputi dinasti ke 11 dan 12, dan berasal dari ‘Thaw-Irkhet-If’, penyelia pemumiaan di Kuil Mut di Karnak, menurut pihak kementeria­n.

Dalam keadaan berasingan, ahli arkeologi dari French Institute of Eastern Archeology (IFAO) dan Universiti Strasbourg telah menemui dua keranda batu berasal dari dinasti ke-18, Anani memberitah­u sidang media.

Salah satu dari dua bahan tersebut mengandung­i mayat mumia yang diawetkan dengan baik bagi seorang wanita bernama Thuya, menurut kementeria­n antikuiti.

Namun jurucakap kementeria­n Nevine Aref memberitah­u kemudian kerja masih dilakukan bagi mengenal pasti dengan jelas nama mumia tersebut.

Pihak berkuasa Mesir telah sering kali mengumumka­n penemuan arkeologi dengan penemuan hebat, walaupun negara sering dituduh sebagai kekurangan ‘rigour’ saintifik dan pengabaian antikuitin­ya.

Kawasan arkeologi, terutama di Luxor, menjadikan Mesir sebagai satu tarikan utama bagi pelancong asing.

Dilanda oleh kemelut yang membelengg­u Mesir selepas kebangkita­n 2011 yang mengguling­kan presiden Hosni Mubarak, sektor pelanconga­n telah bertambah baik pada tahun ini. — AFP

 ??  ?? DARI kiri, Anani bersama Profesor Frederic Colin yang mengetuai misi Perancis dan Setiausaha Agung Majlis Agung Antikuiti Mostafa Waziri menyaksika­n pendedahan keranda batu yang masih utuh di dalam makam TT33 di Luxor, kelmarin. — Gambar Reuters
DARI kiri, Anani bersama Profesor Frederic Colin yang mengetuai misi Perancis dan Setiausaha Agung Majlis Agung Antikuiti Mostafa Waziri menyaksika­n pendedahan keranda batu yang masih utuh di dalam makam TT33 di Luxor, kelmarin. — Gambar Reuters
 ??  ?? — Gambar AFP TIMBUNAN mumia yang ditemui di tapak makam TT28 kelmarin yang ditemui misi arkeologi Mesir di Nekropolis al-Assassif di tebing barat Nil, utara bandar selatan Luxor.
— Gambar AFP TIMBUNAN mumia yang ditemui di tapak makam TT28 kelmarin yang ditemui misi arkeologi Mesir di Nekropolis al-Assassif di tebing barat Nil, utara bandar selatan Luxor.
 ??  ?? TOPENG kayu dipamerkan di luar makam yang baharu ditemui di Nekropolis al-Assassif di Luxor, kelmarin. — Gambar Reuters
TOPENG kayu dipamerkan di luar makam yang baharu ditemui di Nekropolis al-Assassif di Luxor, kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia