Utusan Borneo (Sabah)

Putera Mahkota Arab Saudi lawat Bahrain

-

DUBAI: Putera Mahkota Mohammed bin Salman dari Arab Saudi melawat Bahrain semalam dalam bahagian kedua jelajah wilayah, kunjungan pertamanya sejak pembunuhan Jamal Khashoggi.

Putera Mohammed, yang memulakan lawatannya pada Khamis lepas dengan satu lawatan ke Abu Dhabi, akan mengadakan rundingan dengan Raja Hamad dari Bahrain, menurut Agensi Berita Bahrain kelmarin.

Kenyataan mahkamah diraja dari Manama menyatakan putera mahkota Arab dan Raja Hamad akan membincang­kan mengenai hubungan sejarah dan persaudara­an yang berakar umbi menyatukan dua negara dan pendudukny­a yang bersaudara, sebagai tambahan kepada perkembang­an wilayah, Arab dan antarabang­sa yang terbaharu.

Arab Saudi berdepan kritikan global yang tegang mengenai pembunuhan orang dalam yang menjadi pengkritik Khashoggi di konsulatny­a di Istanbul pada 2 Oktober.

Pembunuhan wartawan yang menulis untuk The Washington Post itu mengheret negara ke dalam salah satu krisis terburukny­a.

Khashoggi telah dibunuh dan dilaporkan mayatnya dipotong dalam apa yang dikatakan oleh Arab Saudi sebagai satu operasi penyangak, namun penganalis­is CIA membocorka­n maklumat kepada media AS menuding kepada Putera Mohammed.

Arab Saudi telah memberikan amaran bahawa kritikan terhadap putera mahkota sebagai satu garisan merah.

Pada Rabu lepas Menteri Luar Negara Arab Adel alJubeir menyatakan bahawa arahan tersebut bagi putera mahkota dianggap bertanggun­gjawab untuk pembunuhan kejam tidak akan diterima.

Putera Mohammed memulakan jelajah wilayahnya di atas permintaan ayahanda beliau, Raja Salman, menurut kepada Agensi Media Saudi yang menyatakan beliau akan melawat negara-negara Arab lain.

Jelajah bermula pada Khamis lepas di Emiriah Arab Bersatu, sekutu rapat yang merupakan sebahagian pakatan diketuai Arab Saudi menentang pemberonta­k Huthi yang bersekutu dengan Iran di Yaman.

Serta putera tersebut juga dijangka pergi ke bandar utama Tunisia pada Selasa depan, menurut sumber presiden di Tunis.

Putera Mohammed dijangka menghadiri persidanga­n G20 di Argentina pada minggu depan.

Jelajah Putera Mohammed juga bertembung dengan penganjura­n pilihan raya parlimen yang menyaksika­n pusat pengundian dibuka seawal jam 8 pagi waktu tempatan dan ditutup selewat jam 8 malam waktu tempatan.

Lebih 350,000 penduduk Bahrain layak mengundi kelmarin, menurut menteri kehakiman Sheikh Khalid bin Ali al-Khalifa.

Sejumlah 54 pusat pengundian dibuka di seluruh negara.

Pengundian dijalankan tanpa sebarang insiden besar ataupun perkara yang tidak dingini. — AFP

 ??  ?? PARA pengundi berbaris di sebuah pusat pengundian di bandar Al-Muharraq, utara Manama kelmarin ketika menunggu giliran untuk membuang undi dalam pilihan raya parlimen. — Gambar AFP
PARA pengundi berbaris di sebuah pusat pengundian di bandar Al-Muharraq, utara Manama kelmarin ketika menunggu giliran untuk membuang undi dalam pilihan raya parlimen. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia