Utusan Borneo (Sabah)

Rejim dan pemberonta­k Syria bertukar tahanan

-

ISTANBUL: Kerajaan Syria dan pemberonta­k bertukar tahanan kelmarin dalam langkah penting yang pertama untuk membentuk kepercayaa­n di antara pihak yang bertelagah di bawah satu proses damai diuruskan Rusia-Iran-Turki, menurut kementeria­n luar Turki kelmarin.

Individu tertentu ditukarkan secara serentak di barat laut Syria, berhampira­n pekan Al-Bab dekat dengan Aleppo, kata pihak kementeria­n, menyatakan ia sebagai projek peneraju.

Ketika tidak memberikan jumlah yang tepat mengenai tahanan terlibat, Syrian Observator­y for Human Rights yang berpusat di Britain, yang berharap kepada sumber di Syria, menyatakan 10 orang tahanan dari setiap pihak telah ditukar.

Rusia, Iran dan Turki sedang berusaha untuk membawa kedamaian di Syria di bawah apa yang dikenali sebagai proses Astana.

Setiap negara memainkan satu peranan utama dalam konflik yang bermula pada Mac 2011.

Rusia dan Iran campur tangan bagi pihak Syria, memastikan kelangsung­annya, sementara Turki menyokong kumpulan pemberonta­k di utara Syria bagi menghalang pihak Kurds Syria membentuk dan memperluas­kan wilayah di sepanjang sempadanny­a.

Semua mereka menyatakan mereka sedang menentang pejuang Islamic State dan pejuang jihad lain di wilayah utara.

Turki telah menjadi lebih senyap mengenai tujuan asalnya untuk melihat Presiden Syria Bashar al-Assad meletakkan jawatan ketika ia memperting­katkan kerjasama dengan Rusia mengenai Syria.

Pada September, Turki dan Rusia bersetuju untuk membentuk sebuah zon penampan bagi mengelak satu serangan rejim Syria, namun pejuang jihad yang memegang kirakira 70 peratus dari kawasan telah menolak untuk berundur.

Proses Astana telah beransur-ansur muncul mencapai satu rundingan yang dibiayai oleh PBB dikenali sebagai proses Geneva yang mana pesertanya adalah Amerika Syarikat dan kuasakuasa Eropah yang akan menjadi penyumbang utama dalam satu program pembanguna­n semula pasca konflik antarabang­sa untuk Syria.

Halangan bagi memastikan bantuan pembanguna­n semula Barat termasuk bantuan oleh AS dan EU dalam peralihan yang akan melihat pemergian Assad, termasuk kehadiran pejuang dari Iran dan diarahkan Iran di Syria. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia