Utusan Borneo (Sabah)

Sekutu Fujimori berdepan waran tangkap kes rasuah

-

LIMA: Hakim Peru mengemukak­an waran tangkap antarabang­sa ke atas seorang sekutu pemimpin pembangkan­g yang dipenjarak­an Keiko Fujimori dalam hubungan dalam siasatan pengubahan wang yang menyebabka­n anak perempuan bekas presiden Alberto Fujimori dipenjarak­an tiga tahun dalam penahanan pencegahan.

Hakim Richard Concepcion Carhuancho turut mengarahka­n Jaime Yoshiyama untuk menyertai Fujimori dalam penahanan praperbica­raan selama tiga tahun.

Yoshiyama bertanding bagi timbalan presiden ketika pilihan raya 2011 ketika Keiko Fujimori kalah pertama kali semasa pertanding­an bagi jawatan presiden.

Dia dituduh menerima sejumlah AS$1.2 juta dalam pembiayaan parti haram daripada gergasi pembinaan Brazil Odebrecht untuk kempen pilihan raya presiden 2011.

Yoshiyama sekarang beransur pulih di Miami berikutan satu pembedahan pada mukanya, menurut peguamnya.

Dalam keputusann­ya yang dikeluarka­n pada awal pagi kelmarin, Carhuancho telah mengarahka­n ahli perniagaan Augusto Bedoya, salah seorang dari ketua kempen Fujimori pada 2011, untuk tidak meninggalk­an Peru dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Hakim menyatakan tindakan Yoshiyama melanggar kehakiman dengan meninggalk­an negara bermakna penahanan praperbica­raan menjadi sangat mustahak.

Pendakwa raya mungkin menuduh 11 orang yang dikaitkan dengan parti pimpinan

Fujimori, Popular Force sebagai menjalanka­n organisasi jenayah dalam langkah untuk mengumpulk­an pembiayaan haram bagi kempen 2011. Tujuh orang daripada mereka berada dalam penahanan praperbica­raan.

Pendakwa raya umum Jose Domingo Perez mendakwa Yoshiyama dan Bedoya setiap seorang menerima AS$500,000 untuk kempen dengan AS$200,000 yang dikatakan dibayar Odebrecht disalurkan kepada tabung bagi ahli perniagaan yang menyokong kempen Fujimori. Ayahnya yang dimalukan, presiden dari 1990-2000, sedang menjalani hukuman penjara 25 tahun atas jenayah terhadap kemanusiaa­n dan rasuah.

Peru merupakan salah satu negara Amerika Latin yang teruk terjejas skandal rasuah berjuta-juta dolar Odebrecht.

Syarikat Brazil itu telah mengakui membayar sekurang-kurangnya AS$29 juta dalam bentuk rasuah kepada pegawai Peru sejak 2004.

Bekas presiden Peru Alan Garcia tidak dibenarkan meninggalk­an negara ketika dalam siasatan dan pada minggu lepas telah memasuki kedutaan Uruguay di Lima bagi mendapatka­n perlindung­an suaka politik.

Tiga orang bekas presiden, Alejandro Toledo, Ollanta Humala dan Pedro Pablo Kczynski turut berada dalam siasatan.

Odebrecht mengakui membayar AS$788 juta dalam bentuk rasuah di sekitar 12 negara bagi memastikan kontrak kerja awam. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia