Utusan Borneo (Sabah)

Gol Falcao berikan kemenangan sulung buat Henry

-

PARIS, Perancis: Radamel Falcao memastikan kemenangan pertama Thierry Henry sebagai jurulatih Monaco dengan satu tendangan percuma cantik sementara Paris Saint Germain (PSG), membuat persediaan menanti kunjungan Liverpool dalam aksi Liga Juara-Juara dengan mengukuhka­n kedudukan di tangga teratas Ligue 1 Perancis selepas kemenangan ke atas Toulouse.

Falcao menjaringk­an gol sembilan minit selepas rehat dengan Henry dilihat tersenyum girang di tepi padang ketika pemainnya meraikan kemenangan 1-0 itu.

“Saya gembira dengan pasukan, semua penyokong kerana itu adalah apa yang kami perlukan walaupun jika ia bukan perlawanan menarik,” kata Henry selepas perlawanan.

“Gaya adalah penting secara umumnya tetapi kami boleh memikirkan tentang gaya nanti. Yang penting adalah menang.”

Gol liga kelima Falcao musim ini memastikan kemenangan pertama Monaco dalam semua pertanding­an sejak hari pertama liga musim ini, satu prestasi buruk yang menyebabka­n mereka berada di tangga kedua dari bawah liga walaupun menang Sabtu lepas.

Kemenangan hadir selepas tujuh perlawanan sejak Henry dilantik sebagai jurulatih, di mana beberapa kecederaan kepada pemain utama menyukarka­n lagi permulaan karier Henry sebagai jurulatih.

“Ini hanya permulaan, masih ada banyak lagi perlawanan akan datang. Saya gembira dengan pasukan, dengan kerja keras mereka sebelum ini tidak dibalas.”

Pada perlawanan awal, Edinson Cavani menyelamat­kan prestasi hambar PSG untuk mengekalka­n rentak kemenangan menjelang perlawanan menentang Liverpool Rabu ini.

Neymar dan Kylian Mbappe tidak dapat beraksi kerana kecederaan ketika masingmasi­ng bermain untuk Brazil dan Perancis dan PSG ketika ini ketinggala­n satu mata di belakang Liverpool dan Napoli untuk kelayakan ke pusingan kedua dari Kumpulan C. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia