Utusan Borneo (Sabah)

The Citizens membelasah West Ham 4-0 di London

Spurs lebur rekod tanpa kalah Chelsea musim ini dengan kemenangan 3-1 pada aksi liga Sabtu lepas

-

LONDON, England: Manchester City terus gah dengan kemenangan kelapan mereka apabila membelasah West Ham United 4-0 sementara Tottenham Hotspur meleburkan rekod tanpa kalah Chelsea musim ini dengan kemenangan 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas.

Dengan Chelsea tewas, Liverpool, yang berada di tangga kedua liga, masih mengekalka­n saingan dengan City selepas menewaskan Watford 3-0 dan juga kekal kurang dua mata di belakang City yang terus menguasai kedudukan liga.

Manchester United pula ketinggala­n 14 mata di belakang City ketika Paul Pogba dikeluarka­n oleh pengurus Jose Mourinho semasa perlawanan selepas gagal menembusi pertahanan Crystal Palace ketika seri tanpa jaringan di Old Trafford.

Everton memintas United ke tangga keenam liga selepas menang 1-0 ke atas Cardiff sementara Claudio Ranieri meraikan perlawanan pertama sebagai jurulatih Fulham apabila menang 3-2 ke atas Southampto­n.

City kini menang 12 dari 13 perlawanan terakhir dan hanya tercicir mata ketika seri tanpa jaringan di Liverpool bulan lepas.

“Jika anda melihat keputusan 0-4 terutama sekali selepas rehat bola sepak antarabang­sa, ia ternyata hebat,” kata pengurus City, Pep Guardiola.

“Anda melihat Real Madrid, Bayern Munich dan Manchester United bergelut mencari rentak.”

David Silva dan Raheem Sterling meneruskan rentak gol dengan menjaringk­an gol pada 20 minit pertama permainan sebelum Sane melengkapk­an jaringan dengan dua gol pada separuh masa kedua.

Di Wembley, Tottenham meleburkan rekod tanpa kalah Chelsea pada musim ini menerusi gol Dele Alli, Harry Kane dan Son HeungMin, membolehka­n mereka memintas kelab jiran itu ke tangga ketiga liga.

“Saya sangat gembira. Pujian kepada pemain kerana mereka bermain dengan hebat,” kata pengurus Spurs, Mauricio Pochettino.

“Kami perlu bersikap rendah diri dan menyedari bahawa bermain seperti ini boleh melakukan sesuatu yang hebat. Cabarannya untuk kami ialah bermain dengan konsisten.”

Spurs bermula garang dari awal dengan Alli menanduk satu tendangan percuma Christian Eriksen seawal minit kelapan sebelum Kane menambah jaringan dengan rembatan jarak jauh pada minit ke-16.

Harapan Chelsea untuk bangkit kelihatan berakhir apabila Son menjaringk­an gol ketiga pada mini tke-54.

Pemain gantian Chelsea, Olivier Giroud, menjaringk­an gol saguhati pada minit ke-85.

“Hari ini, saya tidak suka semua orang,” kata Sarri geram. “Kami bermain dengan buruk dalam semua perkara: fizikal, mental, teknik dan taktik.

“Saya tahu kami mempunyai beberapa masalah dan dengan permainan ini, ia jelas di mana kami perlu menyelesai­kan masalah ini.”

Liverpool mengekalka­n saingan di belakang City apabila Mohamed Salah, Trent Alexander-Arnold dan Roberto Firmino menjaringk­an gol pada 15 minit terakhir di Vicarage Road.

“Gol pertama adalah cantik dan tendangan percuma Trent (Alexander-Arnold) seperti satu mimpi. Ia adalah perlawanan yang baik menentang skuad yang bagus,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Liverpool menjaringk­an tiga gol ketika berbaki 23 minit permainan apabila Firmino dan Sadio Mane berganding­an sebelum mengumpan bola kepada Salah untuk gol kesembilan beliau musim ini.

Alexander-Arnold menjaringk­an gol pertama beliau untuk Liverpool musim ini dengan satu tendangan percuma cantik, selepas menjaringk­an gol pertamanya untuk England.

Dan walaupun kapten Liverpool, Jordan Henderson dibuang padang, Liverpool masih mampu menambah jaringan menerusi gol Firmino seminit sebelum tamat permainan.

United terus tumpul di jentera serangan ketika permulaan memberangs­angkan sekali lagi tidak membawa sebarang kesan dengan Palace bertahan sehingga ke wisel penamat untuk mata kedua mereka dari tujuh perlawanan liga.

Pogba dan Romelu Lukaku kelihatan cergas untuk diturunkan dalam kesebelasa­n utama selepas masing-masing tidak beraksi untuk Perancis dan Belgium kerana kecederaan tetapi mereka gagal memberi sebarang impak, dengan Pogba diganti Alexis Sanchez.

“Kami tidak mempunyai cukup kesungguha­n,” kata Mourinho. “Kami memberikan lawan mengawal bola dan tidak melakukan asakan secukupnya.”

Ranieri gagal menghalang pintu gol pasukannya bolos pada perlawanan pertama beliau sebagai pengurus kelab tetapi beliau ada memastikan kemenangan pertama dari 10 perlawanan liga ketika Aleksandar Mitrovic menjaringk­an dua gol.

Pada perlawanan lain, Leicester City seri 1-1 di Brighton dengan tendangan penalti Jamie Vardy menafikan kemenangan Brighton. — AFP

Jika anda melihat keputusan 0-4 terutama sekali selepas rehat bola sepak antarabang­sa, ia ternyata hebat. Pep Guardiola Pengurus Manchester City

 ??  ?? SANE (kanan) melepaskan rembatan sebelum menjaringk­an gol ketiga buat City pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang West Ham di STadium London, England pada Sabtu lepas. — Gambar Reuters
SANE (kanan) melepaskan rembatan sebelum menjaringk­an gol ketiga buat City pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang West Ham di STadium London, England pada Sabtu lepas. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia