Utusan Borneo (Sabah)

Carrie Underwood curi tumpuan di anugerah muzik ‘country’

-

CHRIS Stapleton menang besar tetapi Carrie Underwood dan bayinya yang belum lahir mencuri tumpuan di anugerah Country Music Associatio­n (CMA) baru-baru ini.

Underwood yang sarat mengandung, salah seorang selebriti terbesar dalam dunia ‘country music’, memilih program televisyen secara langsung di Nashville itu untuk memberitah­u buat pertama kali bahawa anak kedua yang dia bakal lahir adalah lelaki.

Underwood, yang samasama mengacarak­an program itu bersama penyanyi Brad Paisley, memenangi anugerah vokalis wanita terbaik buat kali kelima dan menggegark­an dewan dengan persembaha­n yang emosional bagi lagunya tentang menyatukan orang, ‘Love Wins’.

“Terima kasih, Tuhan. Saya begitu banyak diberkati dalam hidup saya,” kata Underwood.

Stapleton memenangi tiga anugerah - vokalis lelaki terbaik, lagu ‘single’ terbaik dan lagu terbaik untuk ‘Broken Halos’.

Namun dalam keputusan yang mengejutka­n, dia gagal memenangi hadiah terbesar pada malam itu - penghibur terbaik - yang dimenangi Keith Urban, bekas hakim ‘American Idol’ dan suami aktres, Nicole Kidman.

“Saya terkejut melebihi kejutan,” kata Urban sambil menitiskan air mata.

“Saya rasa sangat bersyukur kerana saya berpeluang melakukan apa yang saya buat. Tuhan memberkati muzik country.”

Garth Brooks membuka pertunjuka­n dengan tafakur selama seminit untuk 12 orang yang ditembak mati di sebuah bar di California Selatan yang popular kerana ‘country line dancing’.

Lelaki bersenjata terbabit, seorang bekas anggota Marin Amerika Syarikat, mati dipercayai kerana menembak diri sendiri.

“Pada malam ini, marilah kita raikan kehidupan mereka,” kata Brooks.

“Biarlah muzik menyatukan kita dengan kasih sayang dalam memori mereka yang berkekalan.”

Pada malam yang didominasi kaum lelaki, Kacey Musgraves, 30, memenangi hadiah CMA besar pertamanya, dengan membawa pulang album terbaik untuk ‘Golden Hour’.

Di kalangan lima calon pada tahun ini untuk anugerah penghibur terbaik, tiada seorang pun wanita.

“2018 merupakan tahun yang amat penting bagi kaum lelaki dalam ‘country music’,” kata Paisley ketika dia membuka pertunjuka­n selama tiga jam itu bersama Underwood.

“Akhirnya!” jawab Underwood.

Bintang paling tua dan paling muda adalah antara penghibur yang banyak diperkatak­an.

Pemuzuk ‘bluegrass’ veteran Ricky Skaggs, 64, membuat pertunjuka­n yang meluas, dengan persembaha­n bersama Paisley dan Urban, manakala Brooks, sajian ‘country’ yang ruji selama 30 tahun, mendendang­kan buat pertama kali balada akustiknya ‘Stronger Than Me’, yang diabadikan kepada isterinya, Trisha Yearwood.

Pada bahagian yang lebih muda, Kelsea Ballerini, 25, mempersemb­ahkan lagu pop tariannya mengenai pemerkasaa­n wanita ‘Miss Me More’.

Pemenang lain termasuk Old Dominion, Brothers Osborne, Thomas Rhett dan artis baharu terbaik Luke Combs. — Reuters

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? VOKALIS Wanita Terbaik Carrie Underwood bersama anugerah yang dimenangin­ya semasa Anugerah Muzik Country ke-52 yang diadakan di Nashville, Tennessee baru-baru ini. — Gambar Reuters
VOKALIS Wanita Terbaik Carrie Underwood bersama anugerah yang dimenangin­ya semasa Anugerah Muzik Country ke-52 yang diadakan di Nashville, Tennessee baru-baru ini. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia