Utusan Borneo (Sabah)

Hidupan liar aset Sabah, usaha NGO lindungi gajah dihargai

Usaha NGO lindungi gajah dihargai

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar menghargai kepentinga­n peranan yang dimainkan badan bukan kerajaan (NGO) untuk kebajikan haiwan dalam melindungi gajah dan perladanga­n.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, usaha pihak berkenan mempromosi­kan pemulihara­an pelanconga­n dan kawasan gajah liar turut dihargai.

Katanya, langkah NGO seperti 1 Stop Borneo Wildlife menjalanka­n projek pemulihara­an gajah membuktika­n hidupan liar berkenaan adalah aset kepada Sabah.

“Tahniah kepada 1 Stop Borneo Wildlif e yang tampil dengan idea hebat untuk pemulihara­an pelanconga­n menerusi inisiatif yang dinamakan #Plant4Born­eoElephant­s.

“Bekerjasam­a dengan perladanga­n kelapa sawit di Tawau untuk manfaat bersama adalah satu projek yang positif dan berdaya maju.

“Saya berharap NGO relevan yang lain dapat mengambil petunjuk dari apa yang dijalankan oleh 1 Stop Borneo Wildlife supaya usaha pemulihara­an berkenaan dapat diteruskan di kawasan lain yang selamat untuk gajah,” jelasnya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, komponan utama dalam usaha sama pemulihara­an itu adalah pembanguna­n koridor hidupan liar.

Christina berkata, sejak dari mula lagi, kira-kira 300 pokok ditanam oleh sukarelawa­n 1 Stop Borneo Wildlife, pelancong bersama pelawat tempatan mengikut arahan pekerja perladanga­n.

Menurutnya, terdapat beberapa pokok buah-buahan seperti buah ara dan laran serta pokok ‘dipterocar­p’.

“Ia menekankan gajah boleh diberi makan dengan tumbuhan yang cepat membesar seperti rumput dalam atau di sempadan perladanga­n,” jelasnya.

 ??  ?? CHRISTINA memerhatik­an gajah pygmy di Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok
Sandakan.
CHRISTINA memerhatik­an gajah pygmy di Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok Sandakan.
 ??  ?? PELANCONG tidak ketinggala­n menyertai projek penanaman pokok.
PELANCONG tidak ketinggala­n menyertai projek penanaman pokok.
 ??  ?? SUKARELAWA­N dari Switzerlan­d, England dan Sepanyol dibawa ke kawasan koridor untuk penanaman pokok.
SUKARELAWA­N dari Switzerlan­d, England dan Sepanyol dibawa ke kawasan koridor untuk penanaman pokok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia