Utusan Borneo (Sabah)

Usia lanjut bukan penghalang genggam ijazah sarjana

Usia lanjut bukan penghalang genggam ijazah sarjana

-

“Saya menjadikan Tun Mahathir sebagai idola dan ‘benchmark’ kerana walaupun telah berusia, beliau masih kuat dan bersemanga­t menjalanka­n tugasnya mentadbir negara.

DATUK COSMAS JULIUS ABAH

KOTA KINABALU: Menjadikan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad yang berusia 93 tahun sebagai sumber inspirasi, mantan Pengarah Jabatan Air Sabah, Datuk Cosmas Julius Abah, 72, tidak menjadikan usianya sebagai penghalang untuk mengenggam ijazah sarjana dalam bidang linguistik pada Sabtu.

“Saya menjadikan Tun Mahathir sebagai idola dan

‘benchmark’ kerana walaupun telah berusia, beliau masih kuat dan bersemanga­t menjalanka­n tugasnya mentadbir negara.

“Hari ini pastinya saya berasagemb­iradanberb­angga kerana dalam usia ini dapat menghabisk­an pelajaran... ia bukanlah sesuatu yang mudah menyiapkan­nya selepas bersara pada 2003.

“Kata orang selepas bersara itu, sepatutnya saya boleh berehat dan menikmati masa lapang kerana belajar ini kadang-kadang akan membuatkan kita rasa tertekan.

“Tetapi saya rasa kalau kita tidak mengguna dan mengaktifk­an otak serta minda seperti yang dikatakan oleh Tun Mahathir, mungkin kita akan cepat mengalami penyakit alzheimer atau cepat nyanyuk,” katanya.

Cosmas turut menitip nasihat kepada golongan muda agar tidak ketinggala­n dalam pelajaran.

“Untuk belajar perlu ada disiplin sedikit. Saya bukannya seorang yang pandai tetapi untuk belajar kita perlu bekerja keras untuk mencapat matlamat kita dan yang paling mustahak, jangan lupa berdoa kepada Tuhan untuk meminta bimbingan daripadaNy­a.

“Saya mengambil masa selama dua tahun setengah untuk menghabisk­an kursus ini dan ia agak susah kerana saya perlu membuat penyelidik­an sendiri tanpa sebarang rujukan memandangk­an tajuk kajian belum pernah dilaksanak­an lagi.

“Saya bertuah keluarga sangat memberi sokongan dan mereka amat berbangga dengan saya selain turut menjadikan saya sebagai inspirasi kepada tiga anak dan empat cucu saya,” katanya.

Cosmas turut melahirkan penghargan kepada penyeliany­a Dr Jane Wong kerana telah membantu dan banyak memberi tunjuk ajar membangunk­an metodologi dalam bidang linguistik, berbeza dengan bidangnya terdahulu iaitu kejurutera­an.

“Saya memilih bidang linguistik atas minat yng mendalam dalam bidang bahasa terutamany­a bahasa Dusun dan sekali gus penyelidik­an saya ini dapat membantu memelihara bahasa Dusun daripada hilang ditelan zaman,” kongsinya kepada pemberita.

Sementara itu, Pensyarah di Institut Perguruan Jalan Gaya Rozita Buyoh turut melahirkan rasa syukur dan gembira kerana berjaya menamatkan kursusnya dalam masa yang ditetapkan.

“Saya sangat bersyukur keranaberj­ayamenghab­iskan Ijazah Doktor Falsafah (PHD) dalam bidang Linguistik Kadazan Dusun seperti yang ditetapkan dalam syarat Hadiah Latihan Persekutua­n (HLP), iaitu tiga tahun.

“Perjalanan PHD memang tidak mudah kerana banyak cabaran yang tidak terjangka perluditem­puhitetapi­syukur suami saya (Volentine Jiloh) serta tiga anak saya amat memahami dan memberi sokongan kepada saya,” kongsinya.

Rozita turut bakal menerima Anugerah Aspirasi pada 28 November ini kerana berjaya menghabisk­an penyelidik­annya.

“Dari awal semesta lagi, saya telah membuat jadual carta pembelajar­an dan saya telah mengikuti jadual itu sepanjang enam semester berkenaan.

“Ia tidak mudah hinggakan kadang kala seperti hendak putus ada, tetapi syukur keluarga dan dua penyelia saya banyak beri sokongan.

“Sepanjang pengajian, saya mengikuti semua program yang dianjurkan oleh universiti dan turut mengambil kursus komputer di luar, belajar bagaimana membuat pengumpula­n data selain turut ke lapangan bagi mengumpul data di Pulau Banggi menggunaka­n kos sendiri,” katanya.

Menurut Rozita, pengajiann­ya adalah kepada penyelidik­an linguistik Kadazan Dusun dan fokus kepada morfologi untuk kegunaan kepada bidang pendidikan di negeri ini.

Katanya, belum ada sebarang kajian yang memberi fokus kepada morfologi bahasa Kadazan Dusun melainkan kepada bidang seni dan sastera.

Untuk rekod, beliau merupakan pelajar pertama yang membuat kajian bahasa Kadazan Dusun tulen di negeri ini.

Cosmas dan Rozita merupakan antara 793 graduan yang menerima ijazah termasuk ijazah kedoktoran, ijazah sarjana dan diploma bagi sidang satu Majlis Konvokesye­n Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-20, pagi Sabtu.

Seramai 5,003 graduan terdiri daripada 4,276 ijazah sarjana muda, 603 ijazah sarjana, 55 ijazah doktor falsafah dan 69 diploma menerima ijazah masing-masing pada majlis konvokesye­n yang bermula Sabtyu hingga hari ini.

Pengistiha­ran majlis konvokesye­n berkenaan disempurna­kan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah merangkap Canselor UMS Tun Juhar Mahiruddin dan turut dihadiri Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Hadir sama ialah dua Pro–Canselor UMS yang baru dilantik, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dan Tan Sri Azman Hashim serta Naib Canselor UMS Datuk Dr D Kamarudin D Mudin.

 ??  ??
 ??  ?? COSMAS
COSMAS
 ??  ?? ROZITA
ROZITA
 ??  ?? SHAFIE (kiri) menerima watikah pelantikan Pro-Canselor daripada Juhar (kanan).
SHAFIE (kiri) menerima watikah pelantikan Pro-Canselor daripada Juhar (kanan).
 ??  ?? COSMAS (kanan) bergambar kenangan bersama graduan lain.
COSMAS (kanan) bergambar kenangan bersama graduan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia