Utusan Borneo (Sabah)

Graduan UMS perlu berdaya saing hadapi 4.0

- -Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kebijaksan­aan graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus maju dan berdaya saing adalah penting bagi menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 masa kini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, untuk itu graduan perlu memanfaatk­an setiap pengalaman yang ditimba sepanjang pengajian.

“Anda perlu bersaing dengan graduan lain dari universiti seluruh Malaysia, malah antarabang­sa.

“Saya amat yakin bahawa anda telah ‘berguru’ dengan orang-orang yang hebat di UMS dan kini anda hanya perlu mempraktik­kan ilmu berkaitan untuk mencari pekerjaan bagi menempuh hidup buat diri sendiri dan keluarga masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesye­n UMS ke-20 bagi sidang tiga di Dewan Canselor, di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Shafie yang juga Pro Canselor UMS mengingatk­an graduan abad ke 21 ini supaya tidak mudah menunding jari menyalahka­n keadaan sekiranya mengalami kesukaran untuk memperoleh pekerjaan.

Sebaliknya, graduan seharusnya berfikiran positif dan proaktif dalam mencipta ruang serta peluang untuk diri sendiri.

Beliau berkata, kerajaan negeri memberi keutamaan kepada inisiatif pembanguna­n modal insan menerusi Bajet 2019 yang dibentangk­an baru-baru ini.

Katanya, inisiatif itu termasukla­h pelaburan di universiti berkenaan, sama ada melalui aktiviti pengajian mahu pun penyelidik­an.

“Kerajaan negeri juga meningkatk­an peruntukan untuk pemberian biasiswa, dermasiswa dan bantuan pelajar negeri.

“Peruntukan yang diletakkan di bawah Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi ini ditambah sebanyak RM15 juta kepada RM52 juta pada tahun 2019, berbanding hanya RM37 juta pada 2018,” katanya.

Justeru, beliau berharap penambahan peruntukka­n itu akan memberi peluang kepada lebih ramai anak watan Sabah untuk melanjutka­n pelajaran dan latihan ke peringkat lebih tinggi di dalam dan luar negara, termasuk di UMS sendiri.

Sementara itu, konvokesye­n sidang tiga itu melibatkan seramai 807 graduan Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan serta 63 graduan Fakulti Pertanian Lestari.

 ??  ?? SHAFIE (kanan) menyampaik­an skrol ijazah sarjana muda kepada salah seorang graduan yang mendapat kelas pertama.
SHAFIE (kanan) menyampaik­an skrol ijazah sarjana muda kepada salah seorang graduan yang mendapat kelas pertama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia