Utusan Borneo (Sabah)

TARIK KILANG PERABOT LUAR

Langkah kerajaan majukan sektor pembuatan kayu

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengambil langkah serius dalam mengadakan pertemuan bersama beberapa pengusaha kilang perabot luar khususnya di Semenanjun­g Malaysia bagi membuka cawangan di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, usaha itu bersesuaia­n dengan hasrat kerajaan negeri sekarang untuk memajukan sektor pembuatan kayu.

“Esok (hari ini) saya akan bertemu dengan beberapa pengusaha kilang perabot di Semenanjun­g untuk kita menarik kilang yang sudah matang membuka cawangan mereka di sini.

“Langkah ini sudah pasti akan memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak kita di Sabah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan penutupan Karnival Kerjaya dan Keusahawan­an Sabah 2018, di sini pada Ahad.

Shafie berkata, kerajaan negeri akan mencuba menawarkan keperluan bekalan kayu sekiranya mana-mana pengusaha yang terlibat berhasrat membuka kilang di sini.

Katanya, ia bagi menggalakk­an lebih banyak lagi kilang yang mempunyai rangkaian lengkap selain pasaran yang sedia ada untuk membuka cawangan di peringkat negeri.

“Sekiranya kita sudah dapat kilang yang berpengala­man dan menggalakk­an mereka masuk ke Sabah, kita ada beberapa tempat atau tanah untuk membolehka­n mereka membina kilang.

“Sebab itu juga, kita akan mengambil pendekatan dengan menanam spesis kayu tertentu yang diperlukan oleh pasaran, bernilai tinggi dan harga berpatutan untuk menjadi bekalan kepada kilang yang ada,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memuji usaha pihak penganjur Karnival Kerjaya dan Keusahawan­an Sabah 2018 iaitu Wira dan Wirawati Parti Warisan Sabah yang mendapat kerjasama daripada beberapa agensi terlibat bagi menjayakan program itu.

Katanya, penganjura­n karnival itu selaras dengan janji kerajaan baharu kini yang akan berusaha mencari peluang pekerjaan untuk anak-anak muda di negeri ini.

“Kita bukan hanya mencari bahkan kita di peringkat kerajaan negeri cuba yang terbaik mencipta serta menyediaka­n peluang pekerjaan untuk anak-anak Sabah berkhidmat dalam pelbagai sektor.

“Usaha ini bagi memastikan anak tempatan Sabah tidak menganggur dan tidak hidup susah kerana tiada sumber pendapatan,” katanya.

Tambahnya, bagi meningkatk­an lagi peluang pekerjaan kepada anakanak muda, kerajaan juga sudah bersedia mewujudkan kemudahan berupa pinjaman atau geran bagi syarikat atau pengusaha di bandar dan luar bandar.

“Bagaimanap­un, saya ingin menegaskan bahawa dalam belanjawan, setiap peruntukan yang kita sediakan bagi setiap projek, kita mahu ia dimanfaatk­an untuk mewujudkan peluang pekerjaan.

“Kita tidak mahu membelanja­kan hingga RM50 juta tapi tiada peluang pekerjaan untuk anak- anak kita di Sabah ini,” katanya.

Terdahulu, lebih 6,000 pencari kerja didaftarka­n dalam Sabah Job Portal sepanjang dua hari berlangsun­gnya karnival itu, manakala seramai 2,117 orang memohon kerja namun hanya 565 yang memperoleh pekerjaan.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman.

 ??  ?? SHAFIE (tiga dari kiri) menyampaik­an sijil tawaran bekerja kepada salah seorang anak tempatan Sabah yang terpilih.
SHAFIE (tiga dari kiri) menyampaik­an sijil tawaran bekerja kepada salah seorang anak tempatan Sabah yang terpilih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia