Utusan Borneo (Sabah)

Pesara guru disaran menyertai PPPPPM

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Para guru yang sudah bersara dan akan bersara disarankan menyertai Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmat­an Pendidikan Malaysia (PPPPPM) bagi meneruskan legasi perjuangan serta jasa bakti kepada negara.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, kerajaan negeri melalui Kementeria­n Pendidikan dan Inovasi serta Jabatan Pendidikan akan melihat apakah peranan yang sesuai buat para pesara guru dalam membantu memartabat­kan perkembang­an kemajuan pendidikan di Sabah khasnya dan negara amnya.

“Hal ini kerana, saya tahu dan sedar kebanyakan mereka adalah pegawai-pegawai yang berpengala­man luas dan berkelulus­an tinggi dalam arena pendidikan.

“Kita juga akan terus memberi sokongan penuh dan bantuan kepada Persatuan Pesara Guru Cawangan Sabah agar persatuan ini terus relevan memainkan peranan dalam pembanguna­n negeri ini khususnya dalam bidang pendidikan,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan PPPPPM kali ke-13, di sini, malam Sabtu.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Jaujan Sambakong.

Shafie berharap persatuan itu akan terus menyokong kerajaan yang baru dibentuk demi kelangsung­an pembanguna­n dan kemajuan Sabah khasnya dan negara Malaysia amnya.

Katanya, budaya ilmu yang para guru telah cetuskan dan sampaikan kepada masyarakat selama ini sudah melahirkan ramai individu berjaya dalam pelbagai bidang termasuk menjadi pemimpin.

“Saya juga sedar anda telah mencurahka­n bakti kepada kerajaan negeri dan Persekutua­n, telah berbakti kepada nusa dan bangsa serta negara ini ketika anda bertugas dahulu sehingga kini.

“Setuju atau tidak, hakikatnya para pesara sekalian telah banyak menyumbang jasa dan bakti kepada negara untuk melahirkan modal insan yang berjaya termasukla­h saya dan para menteri, pembantu menteri, pemimpin serta sidang hadirin yang ada dalam majlis ini,” katanya.

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan itu dihadiri seramai 350 orang terdiri daripada 250 perwakilan dan pemerhati dari 14 cawangan seluruh Malaysia, untuk memilih Ahli Jawatankua­sa Tertinggi PPPPPM Pusat yang baharu bagi tahun 2018-2020.

Hadir sama ialah Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Mohammad Mohamarin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Hajah Maimunah Suhaibul, Presiden PPPPPM Datuk Raof Hussin, Yang Dipertua PPPPPM Cawangan Sabah Datuk Zulkifli Jaafar serta tetamu kehormat yang lain.

Ketika ditemui, Jaujan berkata kerajaan sentiasa bersedia dalam apa juga bentuk bagi membantu persatuan itu ke arah memartabat­kan pendidikan di Sabah.

“Sebab itu, apabila kita membentuk kerajaan baharu, kita wujudkan Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi.

“Kita sedar pendidikan adalah satu mekanisma pentadbira­n mana-mana negeri khususnya Sabah yang mana, pendidikan ini menjadi agenda utama kita,” katanya.

Menurutnya, semua pihak termasuk rakyat dan kepimpinan perlu bersamasam­a memainkan peranan bagi memartabat­kan pendidikan di negeri ini, usaha itu tidak boleh hanya diletakkan dalam tanggungja­wab kementeria­n sahaja.

 ??  ?? JAUJAN (tengah) menyerahka­n Anugerah Tokoh Kepimpinan kepada mantan Yang Dipertua PPPPPM Cawangan Sabah Datuk Jikal Gabie (dua kanan).
JAUJAN (tengah) menyerahka­n Anugerah Tokoh Kepimpinan kepada mantan Yang Dipertua PPPPPM Cawangan Sabah Datuk Jikal Gabie (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia