Utusan Borneo (Sabah)

Op Inter Agensi: Ketam hidup, ikan antara dirampas

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Op Inter Agensi Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau dan Jabatan Perikanan (Perikanan) Tawau merampas ketam hidup dan ikan bernilai kira-kira RM156,540 termasuk rampasan lain, di sini pada Sabtu.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata tiga lelaki tempatan yang disyaki mendalangi kes berkenaan turut ditahan.

“Dua suspek ditahan selepas pemeriksaa­n terhadap dua jongkong di kawasan laut Batu 3 dan sebuah jeti syarikat swasta menemukan 159 kotak putih polisterin berisi ketam hidup.

“Pemeriksaa­n mendapati suspek yang berumur 38 dan 52 tahun itu gagal menunjukka­n lesen dan surat kelulusan daripada Jabatan Perikanan untuk membawa ketam hidup,” katanya.

Pajeri dalam kenyataan medianya di sini pada Ahad juga berkata nilai rampasan untuk kes terbabit dianggarka­n RM91,340 termasuk sitaan jongkong dan tiga enjin sangkut.

Beliau berkata suspek ketiga ditahan susulan penahanan sebuah lori di kawasan pasar ikan yang membawa 400kg ikan disyaki hasil aktiviti mengebom ikan.

“Penemuan itu juga membawa kepada penahanan pemandu lori terbabit, dan jumlah rampasan keseluruha­n di dalam kes ini pula dianggarka­n RM65,200,” katanya.

Menurutnya, kesemua suspek dan rampasan diiringi ke Pangkalan PPM Tawau sebelum diserah kepada Jabatan Perikanan dengan siasatan dibuka di bawah Akta Perikanan 1985.

 ??  ?? SALAH seorang suspek yang diberkas selepas gagal menunjukka­n lesen dan surat kelulusan membawa ketam hidup.
SALAH seorang suspek yang diberkas selepas gagal menunjukka­n lesen dan surat kelulusan membawa ketam hidup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia