Utusan Borneo (Sabah)

Pas sambut baik keputusan PM batalkan ICERD

-

TAWAU: Parti Islam SeMalaysia (Pas) menyambut baik keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia untuk membatalka­n Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD) di Malaysia baru-baru ini.

Naib Presiden Pas Ustaz Haji Idris Haji Ahmad berkata, pembatalan ICERD adalah keputusan yang tepat dan anggota Kabinet lain harap dapat menghormat­i keputusan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri itu.

“Selama ini, kita di Malaysia telah hidup dalam keadaan harmoni dan tiada berlaku diskrimina­si seperti yang telah digembar-gemburkan oleh segelintir pihak,” katanya.

Beliau berharap tiada lagi keputusan ‘U-Turn’ yang akan dibuat berkenaan isu itu dan pihaknya menolak sekeras-kerasnya sekiranya terdapat perbincang­an mengenainy­a pada masa akan datang.

Berkenaan Majlis Konvokesye­n Perguruan Pasti Malaysia kali ke-10 yang dirasmikan­nya, Idris berkata seramai 120 graduan seluruh Sabah telah berjaya menamatkan kursus sijil perguruan Pasti Malaysia dengan jayanya.

“Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) adalah agenda pendidikan yang dikendalik­an oleh Pas untuk menunjukka­n bahawa Pas bukanlah semata-mata parti politik, sebaliknya sebuah parti yang cukup rapat dengan masyarakat, sekali gus sebagai penyumbang kepada pendemokra­sian pendidikan di peringkat prasekolah lagi,” katanya.

Untuk rekod, pelajar Pasti seluruh Malaysia mencecah 130 ribu orang dan gurunya hampir 8,000 manakala premisnya pula sebanyak 2,500 buah.- Oleh HAMZAH SANUDIN

 ??  ?? SAHRIFAH Rohana (kanan) dan Nur Maryannah dinobatkan pelajar Anugerah Dekan.
SAHRIFAH Rohana (kanan) dan Nur Maryannah dinobatkan pelajar Anugerah Dekan.
 ??  ?? IDRIS (tengah) ketika ditemurama­h.
IDRIS (tengah) ketika ditemurama­h.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia