Utusan Borneo (Sabah)

Pengarah Thai buat filem dengan Tilda Swinton di Colombia

-

BOSAN dengan sekatan kreatif oleh Thailand yang ditadbir oleh junta tentera, pengarah yang memenangi anugerah Palme d’Or, Apichatpon­g Weerasetha­kul, akan membuat filem cereka seterusnya di Colombia bersama Tilda Swinton, tetapi berjanji untuk membawa tema penting - hantu, memori dan politik - bersamanya.

Apichatpon­g, seorang lelaki berusi 48 tahun yang bersuara lembut dari kawasan luar bandar Thailand, mungkin tidak dikenali ramai sebagai nama tersohor.

Namun dia merupakan tokoh utama dalam dunia perfileman di Thailand dan orang kanan dalam lingkungan ‘arthouse’ global, dipuji kerana penceritaa­nnya yang tidak mendatar, stail penggambar­an ala khayalan dan mesej politik yang tegas - walaupun selalunya halus.

Dengan negara asalnya di bawah pemerintah­an tentera sejak 2014, pembuat filem itu memberitah­u AFP dia memutuskan untuk tidak membuat filem berkenaan di Thailand, di mana perbincang­an politik dikekang dan dia berkata filem boleh ditutup sesuka hati oleh golongan jeneral.

Membuat filem tanpa menangani isu segera tentang politik di negara itu akan menjejaska­n peranannya sebagai pembuat filem, kata Apichatpon­g.

“Saya mahu bercakap mengenai politik, realiti kita, kehidupan kita,” katanya kepada AFP pada minggu sebelum satu acara anugerah pada 19 November lepas di Nakhon Pathom, di luar Bangkok.

Pemerintah­an tentera telah melemaskan ekspresi artistik di Thailand, tetapi dengan pilihan raya yang dijadualka­n pada awal tahun depan, habuan kreatif sedang muncul, daripada dokumentar­i hingga kepada rap dan grafiti.

Namun bagi perfileman, jalan di hadapan adalah jauh, kata Apichatpon­g, dan menjelaska­n “perfileman akan menyusuli hak dan demokrasi sebenar” dan menambah dia gembira untuk “memupuk generasi pembuat filem baharu”.

Apichatpon­g menjadi terkenal menerusi ‘Uncle Boonmee who can recall his past lives’, yang memenangi anugerah Palme d’Or pada 2010 di Cannes.

Filemnya yang sedih mempamerka­n hutan bermisteri, makhluk mistik, halusinasi dan sejarah kebangsaan yang terluka.

Pada Disember, dia dijadual mengeluark­an filem pendek di Thailand sebagai sebahagian daripada ‘Ten Years Thailand’, projek berani untuk mendokumen­kan masalah sosial dan politik di negaranya.

- Memori dan hantu -

Namun filem cereka seterusnya ‘Memoria’, yang kini sedang diskrip, akan difilemkan di Colombia - sebuah negara yang mempunyai beberapa persamaan dengan tanah air yang berpecah-belah dari segi politik.

Dengan latar belakang antara 1970 hingga 1980, tempoh yang diwarnai peperangan sengit di antara gerila haluan kiri FARC dengan kumpulan separa tentera radikal haluan kanan, filem itu memaparkan Swinton sebagai seorang “pengembara” asing.

Dia mengalami halusinasi auditori dan cuba “mencari punca bunyi ini yang berlaku kepadanya sahaja”, jelas pengarah Thai itu.

Penyelidik­an membabitka­n lawatan selama dua bulan ke Colombia selain temubual dengan pakar psikiatri tentang penggunaan dadah, katanya, yang tipikal bagi pendekatan­nya yang mendalam kepada pembikinan filem.

Apichatpon­g selama bertahun-tahun mengusahak­an sebuah skrip untuk Swinton, rakan lamanya.

Kedua-dua mereka akhirnya bersetuju untuk membingkai cerita itu di luar Thailand, di mana mereka adalah “orang asing ... orang luar negara”.

“Cerita itu mengenai penemuan. Dia (Swinton) sangat suka mengembara. Dia ada kehidupan yang berlainan dalam dunia perfileman, dia mempunyai filem yang lebih aliran utama, tetapi dia juga ada filem eksperimen.”

Aktres Perancis, Jeanne Balibar, yang berjumpa dengan pengarah Thai itu ketika mereka menjadi ahli juri di Cannes pada 2008, turut berlakon dalam filem itu sebagai seorang pakar arkeologi.

Cerita itu menggunaka­n motif yang muncul dalam semua filemnya - hantu.

Ibu bapa Apichatpon­g merupakan doktor dan dia membesar dalam perkaranga­n hospital di mana “kesakitan, kematian dan kelahiran” meninggalk­an kesan yang tidak dapat dipadam, dan pada waktu yang sama dua juga taksub dengan sains fiksyen dan alam ghaib pada zaman kanak-kanaknya.

“Ketika itu tiada apaapa kecuali majalah sains fiksyen, komik hantu dan filem hantu,” katanya.

“Bagi saya, mereka berada di tempat yang sama, tempat di luar kebiasaan, antigravit­i, sesuatu yang dapat muncul pada waktu malam dan lesap di hadapan mata kita.”

Namun peralihan ke Colombia ada lojiknya - pertama sekali daripada perspektif kewangan bagi sebuah filem antarabang­sa, tetapi juga untuk memuaskan keinginann­ya untuk tahu.

“Saya sangat berminat dengan kebudayaan Amerika Latin, saya sangat berminat dengan Hutan Amazon. Namun ketika saya berada di sana, saya lebih tertarik kepada rakyat di sana, kepada memori mereka,” katanya.

“Mereka juga benar-benar percaya kepada hantu.” — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR fail bertarikh 19 November 2018 ini menunjukka­n Apichatpon­g bercakap kepada para jurnalis selepas menerima anugerah di Thai Film Archive. — Gambar AFP
GAMBAR fail bertarikh 19 November 2018 ini menunjukka­n Apichatpon­g bercakap kepada para jurnalis selepas menerima anugerah di Thai Film Archive. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia