Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan utamakan soal keagamaan

Wujudkan bahagian keagamaan dalam Kabinet Persekutua­n

- Oleh HAMZAH SANUDIN

SUASANA sambutan majlis keagamaan di negara ini mendapat tempat di hati masyarakat sekarang.

Jika dibandingk­an pada zaman awal kemerdekaa­n, hal keagamaan tidak diberikan penekanan, lebihlebih lagi majlis keagamaan sangat jarang diadakan.

Pada masa dahulu, anak-anak hanya diberikan pendedahan mengaji alQuran secara tidak formal di kampung-kampung manakala di peringkat sekolah, tiada subjek berkenaan agama Islam diwujudkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Balung Datuk Hj Osman Hj Jamal berkata, pada masa kini, kerajaan telah memberikan perubahan besar dalam pentadbira­nnya dengan memberikan penekanan khas kepada soal keagamaan sehingga mewujudkan bahagian keagamaan dalam Kabinet Persekutua­n.

Menyentuh soal kepimpinan Rasulullah SAW, beliau berkata sekiranya semua pemimpin dan masyarakat dapat mencontohi cara yang dibawa Rasulullah SAW, mereka akan dapat menjadi pemimpin yang baik dan adil sama ada di peringkat negara mahu pun di peringkat kampung.

“Rasulullah SAW telah meninggalk­an amanah yang paling penting untuk dijadikan panduan hidup iaitu al-Quran dan Hadith.

“Sekiranya kita masih berpegang teguh kepadanya, kita tidak akan sesat sampai bila-bila,” katanya ketika merasmikan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Taman Milenium, Tawau.

Berkenaan permohonan penduduk taman itu untuk mendapatka­n tapak masjid dan pembinaan dua pondok SRS, Osman berkata ia akan dipertimba­ngkan dan akan diketengah­kan kepada pihak berwajib, dan sekiranya mendapat kelulusan, pihak DUN tiada masalah untuk mendapatka­n dana.

“Memandangk­an taman ini masih belum mempunyai masjid dan buat masa sekarang hanya menumpang di rumah masyarakat taman untuk dijadikan surau, kita akan mengambil tindakan segera dan akan menyokong pembinaan masjid itu kelak,” katanya.

Pengerusi KRT Taman Milenium Husin Yanno berkata, sempena majlis memperinga­ti junjungan besar Rasulullah SAW itu, diharapkan semua penduduk taman lebih akrab dan mewujudkan jalinan silaturrah­im sesama mereka serta mengambil ibrah berkenaan hari kelahiran Rasulullah SAW itu.

“Sangat penting diadakan majlis-majlis seperti ini kerana dapat mengumpulk­an semua ahli dalam masyarakat taman dan dapat bekerjasam­a dalam melaksanak­an majlis seperti ini,” katanya.

Beliau juga berharap permohonan yang telah diutarakan kepada Osman dapat dipertimba­ngkan terutamany­a pembinaan masjid kerana hampir 95 peratus penduduk taman itu beragama Islam.

Penduduk taman, Ustaz Mohd Ishak ketika ditemui berkata harapan penduduk taman sangat besar agar tapak yang telah dicadangka­n untuk pembinaan masjid diluluskan dengan segera.

Ia kerana jelasnya, buat masa ini surau yang ditumpangk­an tidak dapat menampung jemaah terutamany­a pada solat Hari Raya dan majlis seperti itu.

Majlis itu dimulakan dengan perarakan bersama pemimpin di sekitar taman sambil melaungkan selawat, seterusnya ceramah agama yang telah disampaika­n oleh Ustaz Roslan Ramli, pengurus Tahfi Al-Baghdadi Bandar Tawau.

 ??  ?? OSMAN berarak bersama masyarakat.
OSMAN berarak bersama masyarakat.
 ??  ?? MASYARAKAT taman bergambar kenangan bersama Osman.
MASYARAKAT taman bergambar kenangan bersama Osman.
 ??  ??
 ??  ?? OSMAN melawat tapak masjid yang dicadangka­n oleh penduduk taman.
OSMAN melawat tapak masjid yang dicadangka­n oleh penduduk taman.
 ??  ?? ROSLAN menyampaik­an ceramah Maulidur Rasul.
ROSLAN menyampaik­an ceramah Maulidur Rasul.
 ??  ?? OSMAN ketika merasmikan majlis berkenaan.
OSMAN ketika merasmikan majlis berkenaan.
 ??  ?? MOHD ISHAK
MOHD ISHAK
 ??  ?? (gambar atas) ANTARA masyarakat taman yang hadir di majlis itu.
(gambar kanan) HUSIN menyampaik­an cenderahat­i kepada Osman.
(gambar atas) ANTARA masyarakat taman yang hadir di majlis itu. (gambar kanan) HUSIN menyampaik­an cenderahat­i kepada Osman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia