Utusan Borneo (Sabah)

Berusaha tingkat kualiti perkhidmat­an pendidikan

-

pendidik perlu sedar bahawa orang ramai terutama sekali ibu bapa sentiasa mengukur pencapaian berdasarka­n standard atau kualiti yang telah dijanjikan terhadap pembelajar­an anakanak.

Para pendidik tidak seharusnya berasa puas dengan pencapaian pada hari ini, sebaliknya mesti sentiasa berusaha meningkatk­an kualiti perkhidmat­an pendidikan agar menjadi contoh kepada perkhidmat­an yang lain.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Rasinin Koutis berkata para pelajar adalah tiang negara dan bakal pemimpin pada masa hadapan.

“Justeru, bimbingan dan dorongan dari semua aspek hidup perlu diterapkan dari peringkat awal lagi,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Khatam Al-Quran dan Anugerah Kecemerlan­gan Pelajar Sekolah Agama Negeri (SAN) Rumah Anak Yatim (RAY), Tambunan pada Khamis.

Beliau yang juga Adun Liawan berkata, pencapaian mereka dari segi akademik sahaja tidak memadai malahan pembanguna­n dan perkembang­an yang tinggi dalam aspek keperibadi­an juga perlu diberi perhatian yang sama.

Rasinin percaya majlis pada hari berkenaan selari dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasi­kan para pelajar agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlan­gan dalam semua bidang.

“Saya berharap program ini berterusan pada masamasa akan datang, bukan sahaja untuk pelajar yang cemerlang tetapi juga yang kurang cemerlang, agar ada peningkata­n dan kemajuan.

“Saya juga meminta agar semua pihak berganding bahu dalam mencapai kecemerlan­gan pelajar kerana hasil gabungan kerjasama mantap yang terjalin, satu jaringan kecemerlan­gan yang tinggi mampu digapai.

“Kita perlu menjadikan hubungan warga sekolah ini dan ibu bapa sebagai hubungan yang berasaskan rasa tanggungja­wab bersama, saling memerlukan dan sentiasa menyokong antara satu sama lain,” katanya.

Beliau juga berharap agar masyarakat termasuk ibu bapa dan pelajar memberi sokongan padu kepada pihak sekolah sekiranya semua mimpi indah tentang kecemerlan­gan ingin direalisas­ikan.

Pada majlis itu, Rasinin turut menyampaik­an Anugerah Jasamu Dikenang kepada Ustaz Saifuddin Rusiman dan Ustazah Lamiah Amit yang telah menabur bakti dan jasa di sekolah itu selama 35 tahun bermula 1983 hingga 2018.

Beliau turut menyampaik­an anugerah kecemelang­an kepada 18 pelajar sekolah itu dan menyumbang sebanyak RM2,000 serta satu set amplifier untuk kegunaan sekolah.

 ??  ?? RASININ menyuapkan pulut kuning kepada pelajar yang khatam al-Quran pada majlis itu.
RASININ menyuapkan pulut kuning kepada pelajar yang khatam al-Quran pada majlis itu.
 ??  ?? RASININ menyampaik­an anugerah kecemerlan­gan kepada salah seorang pelajar perempuan sekolah itu.
RASININ menyampaik­an anugerah kecemerlan­gan kepada salah seorang pelajar perempuan sekolah itu.
 ??  ?? RASININ bergambar kenangan bersama pengurusan sekolah dan pelajar tahun enam.
RASININ bergambar kenangan bersama pengurusan sekolah dan pelajar tahun enam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia