Utusan Borneo (Sabah)

40 penjawat awam manfaatkan kursus kepimpinan berkesan

-

KEHADIRAN para peserta kursus dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan Persekutua­n yang berkongsi pengalaman dan idea memberikan manfaat besar serta impak kepada penganjura­n Kursus Penyeliaan dan Kepimpinan Berkesan Bilangan 7/2018 yang diadakan sejak 21 November yang lalu di Kampus Intan Sabah, Kota Kinabalu.

Justeru, diharapkan para peserta yang terdiri daripada 40 penjawat awam dapat memanfaatk­an input-input yang berguna daripada kursus itu dan sedar mengenai tanggungja­wab dan peranan sebagai penyelia serta pemimpin dan memupuk sifat yang positif terhadap penyeliaan kakitangan di bawah seliaan mereka.

Penolong Perunding Latihan Intan Sabah merangkap Pengurus Kursus Wasinin Duari berkata, melalui perkongsia­n maklumat dan pengalaman, para peserta juga dapat memberikan penambahba­ikan kepada Kursus Penyeliaan dan Kepimpinan Berkesan dari segi modul-modul pada penganjura­nnya yang akan datang.

“Para peserta kali ini rata-rata memberikan percambaha­n serta perkongsia­n idea yang bernas bagi dimanfaatk­an oleh mereka di jabatan dan agensi masing-masing,” katanya.

Menurut penghulu kursus, Suhaimi Basri, melalui kursus itu banyak ilmu pengetahua­n dapat ditimba antaranya cara menyelia, pengurusan stres serta tatacara dalam menjadi penjawat awam yang berkarisma.

Katanya, amat wajar para penjawat awam memilih kursus itu dalam menambah baik mutu perkhidmat­an mereka sebagai warga kakitangan awam.

“Pada masa yang sama, kursus ini juga memberikan ‘refreshmen­t’ kepada diri saya serta para peserta yang lain, khususnya dari segi pekeliling perkhidmat­an awam serta etika dalam perkhidmat­an awam,” katanya.

Turut hadir pada majlis penutupan kursus itu ialah Setiausaha Kursus Aminah Oyong.

 ??  ?? PARA peserta kursus bergambar kenangan.
PARA peserta kursus bergambar kenangan.
 ??  ?? WASININ (kiri) menyampaik­an sijil kursus kepada Suhaimi.
WASININ (kiri) menyampaik­an sijil kursus kepada Suhaimi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia