Utusan Borneo (Sabah)

Bursa Malaysia dijangka teruskan penurunan

Indeks utama berada sekitar paras 1,680 mata

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka meneruskan penurunann­ya minggu ini susulan daripada pendekataa­n tunggu dan lihat oleh pelabur, aktiviti pengambila­n untung dan sikap berhati-hati sementara menunggu keputusan rundingan perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Ketua Pegawai Urusan Perniagaan M&A Securities Sdn Bhd R. Sundararaj­ah berkata bursa tempatan, dengan indeks utama dijangka berada sekitar paras 1,680 mata akan menyaksika­n aktiviti membeli saham berharga rendah sederhana terutamany­a dalam kaunter barangan dan perkhidmat­an pengguna.

“Mengenai perkembang­an luaran, jika terdapat berita positif daripada rundingan perdaganga­n antara AS dan China yang berlangsun­g minggu depan (minggu ini) di Argentina, kita boleh melihat aliran lantunan semula.

“Bagaimanap­un, buat masa ini, kami menjangkak­an sentimen tempatan yang tidak menentu, dengan indeks yang turun naik apabila para pelabur dijangka melepaskan pegangan mereka menjelang akhir tahun,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu yang baharu berakhir ini, Bursa Malaysia diniagakan kebanyakan­nya tinggi berikutan aktiviti membeli saham berharga rendah.

Pasaran saham tempatan dipengaruh­i terutamany­a oleh prestasi di Wall Street dan pasaran serantau serta harga minyak mentah dunia.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 10.5 mata kepada 1,695.88.

Indeks FBM Emas susut 89.17 mata kepada 11,778.89, Indeks FBMT100 berkuranga­n 87.74 mata kepada 11,629.61 dan Indeks FBM Emas Shariah jatuh 119.98 mata kepada 11,835.82.

FBM 70 meningkat 114.75 mata kepada 13,873.95 dan FBM Ace turun 4.93 mata kepada 4,940.19.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 12.92 mata kepada 17,314.59, Indeks Barangan dan Perkhidmat­an Perindustr­ian turun 1.55 mata kepada 172.46 manakala Indeks Perladanga­n susut 74.49 mata kepada 7,182.15.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, jumlah dagangan mingguan berkuranga­n kepada 6.96 bilion unit bernilai RM6.04 bilion daripada 8.08 bilion unit bernilai RM7.62 bilion.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 4.34 bilion saham bernilai RM5.41 bilion daripada 5.06 bilion saham bernilai RM6.81 bilion pada Jumaat minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan waran jatuh kepada 1.48 bilion unit bernilai RM371.96 juta daripada 1.56 bilion unit bernilai RM398.12 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 1.14 bilion saham bernilai RM254.49 juta berbanding 1.45 bilion saham bernilai RM406.14 juta.

Pasaran ditutup pada Selasa sempena cuti umum Maulidur Rasul. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia