Utusan Borneo (Sabah)

Niaga hadapan MSM berlegar pada tahap semasa

-

Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka berlegar-legar pada peringkat semasa walaupun terjejas akibat asas lemah yang berterusan, di hadapan pengumuman data-data utama pada minggu ini.

Menurut seorang peniaga, kelemahan ringgit pada 4.19 berbanding dolar AS, telah membantu merangsang sentimen dan ini diharap akan menggalakk­an pembelian dari luar, walaupun dalam keadaan di mana bekalan sedang mengatasi permintaan.

“Oleh itu, peniaga-peniaga sedang menunggu laporan juruukur kargo SGS ke atas data eksport minyak sawit Malaysia bagi tempoh 1-25 November yang dijangka akan dikeluarka­n pada Isnin ini untuk mendapatka­n hala tuju,” katanya kepada Bernama.

Katanya, berita bahawa Malaysia akan melaksanak­an program biodiesel B10 mulai 1 Disember depan, sebelum dijadikan mandatori pada Februari 2019 juga telah memberi harapan kepada pasaran.

“Pelaksanaa­n ini akan mengakibat­kan bertan-tan minyak sawit dicampur ke dalam bahan api bio dan ini akan membantu menstabilk­an lebihan bekalan,” katanya.

Kenanga Research dalam notanya baru-baru ini berkata pengeluara­n November 2018 dijangka akan berkembang sebanyak 2.6 peratus dari bulan ke bulan kepada 2.02 juta tan.

“Berdasarka­n kepada tinjauan kami ke atas beberapa penanam bermodal besar, kami percaya pengeluara­n tandan buah segar akan mencapai kemuncakny­a pada November ini,” katanya.

Berikutan itu, stok November 2018 berkemungk­inan melonjak 9.9 peratus kepada 2.99 juta tan.

“Kami menjangka bekalan 2.10 juta tan akan melebihi permintaan sebanyak 1.83 juta tan pada November, ini akan membawa kepada peningkata­n stok sebanyak 2.99 juta tan, menandakan peningkata­n secara berturut-turut untuk selama enam bulan,” katanya.

Secara keseluruha­nnya bagi minggu lepas, harga niaga hadapan MSM kebanyakan­nya lebih tinggi sebelum ditutup lebih rendah pada Jumaat.

Dagangan bagi minggu yang baharu berakhir menjadi pendek bersempena dengan Maulidur Rasul pada hari Selasa.

Asas Jumaat ke Jumaat, Disember 2018 naik sebanyak RM91 kepada RM1,866 setan, Januari 2019 meningkat RM86 kepada RM1,978 setan, Februari 2019 menokok RM72 kepada RM2, 044 setan dan Mac 2019 bertambah RM66 kepada RM2,109 setan.

Jumlah dagangan mingguan, bagaimanap­un, menurun kepada 218,619 lot daripada 269,566 lot yang direkodkan pada Jumaat lepas, manakala kepentinga­n terbuka susut kepada 286,892 kontrak berbanding 320,059 kontrak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia