Utusan Borneo (Sabah)

Dr Annuar harap isu sekolah daif dapat diselesaik­an segera

-

SIBU: Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee berharap masalah sekolah daif di negeri ini dapat diselesaik­an dengan segera.

Oleh itu katanya, perbuatan saling menunding jari bagi mencari kesalahan manamana pihak perlu dihentikan, sebaliknya memberi fokus kepada penyelesai­an segera isu sekolah daif di negeri ini.

“Saya tidak mahu menunding jari di sini, siapa yang bersalah dan siapa yang tidak bersalah dalam hal ini (sekolah daif) tetapi kita harus melonjak dan bergerak ke hadapan dalam menghadapi masalah ini.

“Kita harus menyelesai­kan masalah ini dengan secepat mungkin. Jadi, kita tidak perlulah menunding jari siapa yang bersalah pada tahuntahun lepas,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Konvokesye­n Sekolah Rendah Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka Kali Ke-2 di Hotel Kingwood, pada Jumaat.

Menurut Dr Annuar yang juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam, terdapat 1,456 sekolah di Sarawak dan daripada jumlah itu, 1,020 adalah sekolah yang dikategori­kan sebagai daif.

Jelas beliau lagi, tahap kedaifan terbahagi kepada tiga di mana sebanyak 415 sekolah adalah pada tahap tiga iaitu paling daif.

“Yang ketiga adalah paling teruk dari segi kedaifanny­a, di mana lebih 75 peratus (kemudahan sekolah) tidak dapat digunakan lagi,” dedah beliau.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri pada tahun ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM81.7 juta untuk menaik taraf sekolah daif yang ada di Sarawak.

Ini untuk memastikan mana-mana pelajar sekolah di negeri ini tidak ketinggala­n dalam pendidikan mereka, walaupun pendidikan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutua­n, katanya.

“Inilah yang harus kita pastikan, berilah kerjasama untuk kita memastikan keadaan ini dapat kita pulihkan dengan sertamerta,” ujarnya.

Dr Annuar bertekad akan terus bersuara sama ada di Dewan Rakyat, kabinet mahupun di mana-mana untuk pembanguna­n pendidikan di negeri ini.

Sementara itu, seramai 712 murid dari tiga sekolah menengah dan 10 sekolah rendah dalam DUN Nangka menerima sijil tamat sekolah pada majlis tersebut yang turut dihadiri Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Radin Foji Radin Abdul Rahim dan Setiausaha Jawatankua­sa Pendidikan Nangka Mahmud Ahad.

 ??  ?? SEBAHAGIAN murid sekolah rendah dalam kawasan DUN Nangka sedang menunggu giliran untuk menerima sijil mereka.
SEBAHAGIAN murid sekolah rendah dalam kawasan DUN Nangka sedang menunggu giliran untuk menerima sijil mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia