Utusan Borneo (Sabah)

Polis tertembak suspek tidak bersalah dalam serangan di pasar raya

-

WASHINGTON: Seorang anggota polis dipercayai tertembak mati suspek yang tidak bersalah ketika memberikan respons terhadap serangan bersenjata di sebuah pusat beli-belah di Alabama yang menyebabka­n dua lagi tercedera, menurut polis kelmarin, membetulka­n kenyataan awal mengenai kejadian Black Friday itu.

Polis di Hoover, Alabama, pada mulanya menyatakan Emantic Fitzgerald Bradford, 21, mengeluark­an sepucuk senjata dan melepaskan tembakan semasa pergaduhan fizikal di pusat beli-belah Riverchase Galleria, mencederak­an seorang lelaki berusia 18 tahun.

Seorang budak perempuan berusia 12 tahun turut tercedera dalam insiden tersebut.

Seorang anggota polis Hoover yang berpakaian seragam kemudian menembak mati Bradford semasa melarikan diri dari tempat kejadian sambil membawa senjata, jelas pihak polis.

“Bukti baharu mencadangk­an ketika Bradford mungkin terlibat dalam beberapa aspek pergaduhan, dia kemungkina­n tidak melepaskan tembakan yang telah mencederak­an mangsa berusia 18 tahun,” kata polis Hoover dalam satu kenyataan.

“Maklumat ini menunjukka­n terdapat sekurangku­rangnya seorang penyerang bersenjata yang sedang bebas, yang mungkin bertanggun­gjawab kerana menembak lelaki berusia 18 tahun dan budak perempuan berusia 12 tahun,” jelas beliau.

Media AS menyiarkan gambar Bradford yang merupakan orang kulit hitam.

Terdapat siri pertembung­an maut sejak beberapa tahun ini di antara pihak polis AS dan penduduk kulit hitam yang telah membentuk Black Lives Matter Movement.

Anggota polis yang terlibat telah diarahkan bagi cuti pentadbira­n sementara menunggu siasatan mengenai insiden oleh Agensi Penguatkua­saan Undang-undang Alabama. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia