Utusan Borneo (Sabah)

Tanam budaya derma darah

-

KOTA KINABALU: Warga Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya kakitangan Hospital Queen Elizabeth (HQE) disaran agar terus menanamkan budaya menderma darah dengan penuh ikhlas agar kesihatan dan kesejahter­aan masyarakat dapat dikongsi bersama.

Pengarah HQE Dr William Gotulis berkata budaya menderma darah secara tetap bukan sahaja dapat membantu mereka yang memerlukan serta mempengaru­hi diri kita agar lebih sihat, malah satu amalan yang mulia dan penuh nilai-nilai kemanusiaa­n.

Katanya kesedaran mengenai kepentinga­n menderma darah secara berterusan perlu disemai.

“Ia kerana, keperluan transfusi darah boleh berlaku bila-bila masa sahaja seperti kes-kes kecemasan dan kemalangan, termasukla­h pesakit yang memerlukan transfusi darah secara berkala bagi kelangsung­an hidup seperti pesakit talasemia dan pesakit barah.

“Warga hospital perlu menjadi contoh kepada orang awam bagi meningkatk­an kesedaran mengenai betapa pentingnya menderma darah.

“Selain melaksanak­an kempen, kita wajar menjadi contoh kepada masyarakat dengan memberi maklumat kepentinga­n bekalan darah dan pada waktu yang sama, sentiasa amalkan gaya hidup sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat HQE anjuran Jabatan Perubatan Transfusi dengan kerjasama Unit Promosi dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital, bertempat di Auditorium Bangunan Berkembar HQE pada Jumaat.

Dr William berkata, sehingga hari ini masih belum ada lagi bahan sintetik yang dapat dihasilkan bagi menggantik­an darah.

Katanya darah sentiasa diperlukan sebagai salah satu produk teraputik dalam perawatan pesakit. Maka setiap individu yang sihat perlu menjadi penderma darah yang berulang dengan tampil menderma darah setiap tiga bulan.

“Kepada orang ramai yang belum pernah menderma terutamany­a golongan muda yang merupakan bakal pemimpin masa hadapan, tampillah menderma darah untuk memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi dari masa ke semasa,” katanya.

Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat HQE turut diserikan tayangan multimedia bertajuk ‘Thank you blood donor’, diikuti dengan sesi ceramah dan perkongsia­n pengalaman pendermaan darah kalangan warga hospital.

Dengan tema ‘Hadirlah untuk mereka. Derma darah. Kongsi kehidupan,’ majlis turut dimeriahka­n dengan acara penyampaia­n sijil penghargaa­n kepada warga hospital yang aktif menderma darah dalam kempen dan program derma darah.

Antaranya, Noor Azhari Ahmad dan Elven Jamudi yang telah menderma darah sebanyak 32 kali, Low Liew Yong sebanyak 35 kali, Mohd Zakwan Hamdan 27 kali dan Mazlan Kamil yang telah menderma darah lebih 24 kali.

Majlis turut diserikan dengan acara penyerahan tambahan lapan kerusi roda daripada Persatuan Lions Kelab Damai, Kota Kinabalu kepada HQE bagi menampung keperluan kerusi roda di hospital berkenaan.

Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat HQE Dr Abdul Rashid Hassan, Pengerusi Persatuan Lions Club Puan Rebecca Chong, Ketua Perkhidmat­an Perubatan Transfusi Negeri Sabah Dr Shahnaz Irwani Sabri serta Ketua Unit Perubatan Transfusi HQE Dr Saliz Mazrina Shaharom.

 ??  ?? DR WILLIAM (tiga dari kiri) dan Dr Abdul Rashid (empat dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama warga hospital yang aktif menderma darah bersama sijil masing-masing.
DR WILLIAM (tiga dari kiri) dan Dr Abdul Rashid (empat dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama warga hospital yang aktif menderma darah bersama sijil masing-masing.
 ??  ??
 ??  ?? MAJLIS turut diserikan penyerahan tambahan lapan kerusi roda daripada Persatuan Lions Kelab Damai kepada pihak hospital.
MAJLIS turut diserikan penyerahan tambahan lapan kerusi roda daripada Persatuan Lions Kelab Damai kepada pihak hospital.
 ??  ?? (Gambar atas dan bawah)AKTIVITI menderma darah terus mendapat sambutan sepanjang program berlangsun­g.
(Gambar atas dan bawah)AKTIVITI menderma darah terus mendapat sambutan sepanjang program berlangsun­g.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada warga kerja hospital yang turut menderma darah dan hadir bersama keluarga.
SEBAHAGIAN daripada warga kerja hospital yang turut menderma darah dan hadir bersama keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia