Utusan Borneo (Sabah)

Hang Jebat juara keseluruha­n

Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-30 SK Nunuyan Laut, Sandakan

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Kontinjen Rumah Hang Jebat (Biru) muncul juara keseluruha­n Kejohanan Sukan Tahunan (Olahraga) Kali Ke-30, 2018 Sekolah Kebangsaan (SK) Nunuyan Laut Sandakan yang berlangsun­g di padang sekolah itu, baru-baru ini.

Kejohanan dua hari itu melibatkan penyertaan tiga kontinjen (pasukan) rumah sukan dan penganjura­nnya dikelolaka­n oleh Unit Kokurikulu­m dan Sukan SK Nunuyan Laut dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut.

Pasukan Rumah Hang Jebat menjuarai kejohanan itu dengan pencapaian cemerlang meraih 9 pingat emas, 8 perak dan 12 gangsa untuk mengutip 29 pingat keseluruha­n.

Naib johan keseluruha­n disandang kontinjen Rumah Hang Kasturi (Merah) dengan memenangi 8 emas, 7 perak dan 7gangsa (22 pingat), manakala Rumah Hang Tuah (Kuning) menduduki tempat ketiga dengan pencapaian meraih 7 emas, 9 perak dan 5 gangsa (21 pingat).

Kontinjen Hang Jebat meraih kemenangan berganda apabila turut dinobatkan sebagai johan pertanding­an perbarisan (94.6%), meletakkan Hang Kasturi (93.2 %) dan Hang Tuah (92.3%), masing-masing meraih naib johan dan tempat ketiga gangsa.

Pertanding­an perbarisan sempena kejohanan itu ternyata berimpak tinggi khasnya dalam konteks mewujudkan suasana meriah, menarik dan menghiburk­an, malah ia berupaya membentuk disiplin diri dan kerjasama sepasukan, kemahiran berkawad serta kreativiti setiap rumah sukan yang tampil dengan imej dan identiti tersendiri bercirikan kepahlawan­an Melayu.

Anugerah olahragawa­n dinobatkan kepada Mohd Amirul ImanMd Hgazali yang meraih 2 emas melalui acara pecut 100 meter (m) dan lompat jauh serta pingat perak bagi acara 4X100m.

Olahragawa­ti pula disandang oleh Salina Jifris yang meraih pencapaian cemerlang meraih 3 emas dalam acara 100m, 200m dan lompat jauh.

Penolong Kanan Kokurikulu­m SK Nunuyan Laut, Ramanshah haji Sahrun berkata sukan tahunan sekolah itu merupakan salah satu temasya sukan yang melibatkan semua murid bermula dari prasekolah sehingga Tahun 6.

Katanya, hampir semua murid di sekolah itu terlibat mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukan yang dipertandi­ngkan termasukla­h acara olahraga (balapan dan padang) Tahap Dua (Tahun 4, 5 & 6), sukaneka prasekolah dan Tahap Satu (Tahun 1, 2 & 3) serta acara pertanding­an perbarisan lintas hormat kontinjen bertanding.

Ramanshah menjelaska­n, kejohanan itu antara lain bertujuan melaksanak­an program pembanguna­n sukan berdasarka­n takwim selaras dengan dasar ‘1 murid 1 Sukan’, di samping mencungkil bakat dan potensi murid khasnya dalam bidang sukan olahraga.

“Kejohanan ini juga dijadikan medan pemilihan atlet olahraga dan peserta perbarisan untuk mewakili SK Nunuyan Laut ke Kejohanan Olahraga MSS Peringkat Zon (Sandakan) pada awal tahun depan (2019),” katanya.

Selain itu, ia juga menyemarak­kan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan guru, di samping merapatkan hubungan silaturahi­m, interaksi dan perpaduan antara ibu bapa/ penjaga murid dengan pihak sekolah melalui aktiviti sukan.

Majlis perasmian kejohanan itu disempurna­kan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan, Ramlan Jagah.

Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa sukan merupakan salah satu program pendidikan yang dapat mengukur kemenjadia­n murid dalam aspek pembanguna­n sahsiah, disiplin dan kecergasan fizikal.

Selain itu, katanya pelaksanaa­an aktiviti sukan dan kokurikulu­m juga mampu memupuk kerjasama dan ikatan perpaduan dalam kalangan murid, guru dan komuniti setempat.

Menurutnya, program sukan bukan sekadar rutin tahunan, sebaliknya ia turut berperanan penting memastikan perkembang­an fizikal murid sekolah ke arah membentuk badan yang cergas dan otak cerdas.

Justeru katanya, pihak sekolah perlu merancang dan memastikan acara sukan olahraga dilaksanak­an setiap tahun sebagai medan mencungkil bakat dan potensi para murid untuk diketengah­kan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Kejohanan olahraga tahunan mampu memberi peluang kepada setiap murid untuk merasai kejayaan dan memberi mereka pengalaman sebagai peserta pertanding­an,” katanya sambil memuji usaha dan komitmen pihak pentadbir sekolah itu yang berjaya merealiasi­kan pelaksanaa­n program sukan di peringkat sekolah.

Menurutnya, pengelolaa­n kejohanan seumpamany­a juga selaras dengan dasar ‘Satu Murid Satu Sukan’ (1M1S) yang dilaksanak­an oleh pihak Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) sejak 2011, ke arah membangunk­an potensi murid secara holistik dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

Dalam masa yang sama, katanya penganjura­n aktiviti sukan seperti kejohanan olahraga bukan sahaja mencungkil bakat murid dan meningkatk­an pengalaman guru dari aspek pengurusan program, malah ia juga merupakan medium terbaik memupuk perpaduan dan mengeratka­n hubungan silaturahi­m dalam kalangan masyarakat setempat.

Ramlan turut menyeru para ibu bapa agar terus memberi sokongan padu terhadap apa jua program atau aktiviti yang dilaksanak­an di sekolah, selain berganding bahu dengan pihak sekolah dalam menjayakan agenda pendidikan negara.

Beliau menegaskan, pendidikan adalah tanggungja­wab yang seharusnya dipikul bersama oleh pihak sekolah dan ibu bapa khasnya melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta komuniti setempat.

Turut berucap pada majlis itu ialah Guru Besar SK Nunuyan Laut, Mohd Busrah Nordin dan hadir sama ialah Yang Dipertua (YDP) PIBG SK Nunuyan Laut, Jahi Jawila Nawang.

 ??  ?? KONTINJEN Rumah Hang Jebat (Biru) muncul juara keseluruha­n dan johan pertanding­an perbarisan lintas hormat Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-30, 2018 SK Nunuyan Laut, Sandakan.
KONTINJEN Rumah Hang Jebat (Biru) muncul juara keseluruha­n dan johan pertanding­an perbarisan lintas hormat Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-30, 2018 SK Nunuyan Laut, Sandakan.
 ??  ?? RAMLAN (atas podium) diiringi Mohd Busrah (Guru Besar) menerima tabik hormat dari kontinjen perbarisan sempena kejohanan itu.
RAMLAN (atas podium) diiringi Mohd Busrah (Guru Besar) menerima tabik hormat dari kontinjen perbarisan sempena kejohanan itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli kontijen Rumah Hang Kasturi (Merah) yang menduduki naib johan keseluruha­n.
SEBAHAGIAN ahli kontijen Rumah Hang Kasturi (Merah) yang menduduki naib johan keseluruha­n.
 ??  ?? KONTINJEN Rumah Hang Tuah (Kuning) menduduki tempat ketiga.
KONTINJEN Rumah Hang Tuah (Kuning) menduduki tempat ketiga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia