Utusan Borneo (Sabah)

La Liga: Atletico Madrid kurang bernasib baik

-

EIBAR, Sepanyol: Atletico Madrid tidak bernasib baik untuk meraikan kemenangan liga pertama ke atas Barcelona dalam tempoh lapan tahun apabila Ousmane Dembele mengikat kedudukan pada minit kecederaan dalam aksi La Liga Sepanyol Sabtu lepas.

Diego Costa kelihatan memastikan kemenangan pertama Atletico sejak beberapa tahun pada perlawanan menarik di Stadium Wanda Metropolit­ano dengan gol pada minit ke-13 yang juga gol liga pertama beliau sejak bulan Februari.

Atletico juga boleh melonjak ke tangga teratas liga jika menang tetapi sebaliknya, Barca melakukan satu lagi kebangkita­n ketika Dembele, pemain gantian, menjaringk­an gol penyamaan untuk kedudukan 1-1.

Jurulatih Atletico, Diego Simeone, ditanya selepas perlawanan tentang apa yang kurang dari pasukannya dan beliau menjawab dengan nada geram “Empat mini.”

Apa yang pasti, ada kelegaan buat Barcelona dan penyokong mereka tetapi apa yang lebih menggembir­akan ialah apabila Real Madrid tewas 0-3 kepada Eibar pada perlawanan awal.

Santiago Solari membuktika­n kemampuann­ya sebagai jurulatih sementara tetapi permulaan pertama beliau sebagai jurulatih tetap berakhir dengan kekalahan teruk di Ipurua.

Satu-satu saguhati buat Real ialah Atletico dan Barcelona seri 1-1 dan mengelak ketinggala­n tiga lagi mata di belakang.

Costa hampir melakukann­ya dengan menjaringk­an gol liga pertama dari 18 perlawanan tetapi Dembele, yang digugurkan oleh jurulatih Barca, Ernesto Valverde ketika tewas kepada Real Betis dua minggu lepas, menebus kesilapann­ya dengan penyudah tepat.

“Ia tidak seperti tahuntahun sebelum ini apabila Barca atau Real berada 15 atau 20 mata di hadapan kami,” kata Simeone. “Ini adalah lebih menarik untuk peminat.”

Walaupun semua kontrovers­i tentang Dembele di luar padang, gol beliau itu telah memberikan Barcelona tujuh mata musim ini, lebih banyak dari mana-mana pemain dalam La Liga.

“Beliau mempunyai sesuatu yang tidak dimiliki pemain lain,” kata Valverde. “Kami harus membantu beliau untuk mengeluark­an yang terbaik dari bakatnya.”

Solari mungkin menarik sedikit nafas lega dengan keputusan seri di antara Atletico dan Barcelona.

Empat kemenangan berturut-turut sebagai jurulatih sementara Real, membolehka­n beliau diberikan ganjaran jawatan tetap dengan kontrak sehingga 2021 tetapi menentang Eibar, Real kembali dengan permainan hambar yang menyebabka­n Julen Lopetegui dipecat.

Kekalahan juga mengembali­kan tumpuan kepada fokus pemainnya selepas kapten pasukan, Sergio Ramos, berdepan dakwaan melanggar kod anti dadah ekoran pendedahan majalah dari Jerman, Der Spiegel di mana beliau mengelak pemeriksaa­n air kencing, satu dakwaan dinafikan oleh Ramos dan juga Real Mdrid.

“Ia bukan tentang mencari siapa yang harus dipersalah­kan,” kata Solari selepas perlawanan. “Semuanya boleh diperbaiki. Kami menang empat perlawanan berturut-turut, melakukan beberapa perkara dengan baik dan kami harus mengembali­kan semua itu.”

Kemenangan membolehka­n Eibar naik ke tangga kelapan dan meraikan kemenangan pertama mereka ke atas Real Madrid dari 11 perlawanan dalam stadium kecil dengan hanya 7,083 tempat duduk. — AFP

 ??  ?? MESSI (tengah) diasak hebat oleh pemain pertahanan Atletico ketika beraksi pada perlawanan liga di Stadium Wanda Metropolit­ano, Madrid Sabtu lepas. — Gambar AFP
MESSI (tengah) diasak hebat oleh pemain pertahanan Atletico ketika beraksi pada perlawanan liga di Stadium Wanda Metropolit­ano, Madrid Sabtu lepas. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia