Utusan Borneo (Sabah)

Aubameyang ‘pelihara’ rekod tanpa kalah The Gunners

Arsenal melonjak ke tangga kelima liga, kurang satu mata dari pasukan di tangga ke-4 selepas benam Bournemout­h 2-1

-

BOURNEMOUT­H, England: Pengurus Arsenal, Unai Emery mendakwa kemenangan 2-1 pasukannya di Bournemout­h adalah saat yang penting dalam musim mereka selepas gol PierreEmer­ick Aubameyang memastikan kelab belum tewas dalam 17 perlawanan.

Arsenal membuka jaringan dari gol sendiri pelik Jefferson Lerma sebelum Josh King mengikat kedudukan lawanan di Dean Court dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas. Aubameyang kemudian menjaringk­an gol liga kelapan beliau musim ini pada pertengaha­n separuh masa kedua untuk melonjak Arsenal ke tangga kelima liga dan kurang satu mata dari pasukan di tangga keempat liga dan slot terakhir kelayakan ke Liga Juara-Juara.

“Ia satu keputusan penting. Kami tahu ini adalah stadium yang sukar, pasukan yang kuat,” kata Emery.

Arsenal sudah menyerlah sejak Emery menggantik­an Arsene Wenger pada penutup musim dan pengurus dari Sepanyol itu lulus satu lagi ujian dengan kemenangan ini.

Selepas tiga keputusan seri berturut-turut di tempat sendiri menentang Liverpool, Sporting Lisbon (Liga Europa) dan Wolves, ia adalah penting untuk Arsenal kembali mencipta kemenangan.

“Hari ini, ia adalah 17 perlawanan tanpa tewas tetapi kami seri tiga perlawanan terakhir,” kata Emery.

“Kami tahu ia tidak cukup bagus untuk sasaran kami. Kami bercakap sepanjang minggu dan apa yang penting, dua hari sebelum perlawanan di mana ia adalah sangat penting untuk mencipta kemenangan.

“Tiga mata ini adalah sangat penting bagi kami. Keputusan adalah sangat penting tetapi kami juga bercakap dalam bilik persalinan selepas separuh masa pertama, apabila mereka menjaringk­an gol, ia adalah tentang kekuatan mentaliti kami.”

Emery meletakkan per- ancang utama pasukannya, Mesut Ozil di bangku simpanan dan tanpa penyerang Alexandre Lacazette kerana kecederaan.

Tetapi Arsenal masih cukup kuat untuk memberikan kekalahan ketiga berturut-turut buat Bournemout­h ketika keputusan Emery beralih ke tiga pemain pertahanan buat kali pertama membuahkan hasil.

“Kami mencari prestasi terbaik kami dengan formasi ini, dengan pemain dan gandingan,” kata Emery.

“Apa yang paling penting bagi kami ialah mencari keseimbang­an secara konsisten di bahagian pertahanan kerana kami bolos terlalu banyak gol dari apa yang kami jangkakan. Kami perlu memperbaik­inya.”

Bournemout­h memikirkan mereka terlebih dahulu membuka jaringan tetapi gol David Brooks tidak dibenarkan pengadil kerana ofsaid.

Arsenal membuka jaringan pada minit ke-30 apabila Lerma secara tidak sengaja merembat hantaran lintang Sead Kolasinac ke pintu golnya sendiri.

Alex Iwobi tidak bernasib baik untuk menambah jaringan apabila rembatanny­a ditepis penjaga gol Bournemout­h, Asmir Begovic.

Bournemout­h bagaimanap­un berjaya mengikat kedudukan beberapa saat sebelum rehat menerusi jaringan King.

Apabila Aubameyang mensia-siakan peluang terbaik dari umpanan Henrik Mkhitaryan, penyokong Arsenal mula mendesak Ozil diturunkan tetapi mereka kembali ceria apabila Aubameyang menebus kekecewaan­nya dengan gol pada minit ke-67 sebelum Arsenal bertahan sehingga ke wisel penamat. — AFP

“ Ia satu keputusan penting. Kami tahu ini adalah stadium yang sukar, pasukan yang kuat. ” Unai Emery Pengurus Arsenal

 ??  ??
 ??  ?? EMERY AUBAMEYANG (tengah) menjaringk­an gol kemenangan Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Bournemout­h di Dean Court, England pada Ahad lepas. — Gambar Reuters
EMERY AUBAMEYANG (tengah) menjaringk­an gol kemenangan Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Bournemout­h di Dean Court, England pada Ahad lepas. — Gambar Reuters
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia