Utusan Borneo (Sabah)

Botra Trading mulakan jualan hujung tahun hingga 14 Dis

Jualan penghabisa­n stok tawar diskaun antara 10-50 peratus

-

SIBU: Botra Trading Sdn Bhd akan mengadakan jualan hujung tahun bermula semalam hingga 14 Disember ini.

Menurut pengarah urusannya Wong Khing Ping, jualan ini adalah jualan penghabisa­n stok yang mengenakan diskaun antara 10-50 peratus.

“Jualan hujung tahun ini adalah kita jual sehingga habis stok pelbagai produk kita,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurutnya, sepanjang tempoh jualan istimewa itu, ia akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang untuk Isnin hingga Jumaat manakala pada hari Sabtu dari jam 8 pagi hingga jam 4 petang dan Hari Ahad dari jam 9 pagi hingga jam 3 petang.

Wong memberitah­u, jualan ini yang sering diadakan secara tahunan di sini adalah tanda penghargaa­n syarikatny­a kepada semua pelanggan yang telah menyokong mereka selama ini yang telah banyak memberi kepercayaa­n kepada syarikatny­a dengan terus berkunjung premisnya.

“Sepanjang tempoh tiga minggu jualan ini diadakan,

ORANG ramai menyerbu Botra Trading Sdn Bhd di Sibu, semalam.

kami memberikan diskaun hingga 50 peratus kepada pelanggan kami dan terdapat hadiah istimewa juga menanti mereka,” katanya lagi.

Botra juga menjual pelbagai alat-alat perkakasan, bahan binaan dan produk isi rumah.

Di sini tambahnya, para pelanggan boleh mencari perkakas keperluan dengan mudah kerana setiap ruang di dalam premis Botra terbahagi kepada jabatannya tersendiri iaitu jabatan menjual perkakas mesin, perkakas dapur dan tandas, lantai dan dinding dan cat.

Menurutnya, setiap bahagian menyediaka­n pelbagai jenis produk daripada jenama yang berkualiti dan boleh dipercayai.

Para pelanggan juga boleh memilih pilihan warna sendiri di bahagian menjual cat dinding di mana mesin campuran warna ada disediakan.

Sementara itu, antara jenama perkakas yang ada dijual di Botra Trading Sdn Bhd ialah Mr. Mark, BOSCH, SKIL, ACE, Work, Stanley, Alpho, Rubine, OSRAM, Nippon Paint, Dulux, Colour Land, Smart Paint, Yale, Cabana, Sorento, Zeila, St. Guchi dan banyak lagi.

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi Botra Trading Sdn Bhd di talian 084-313076 atau terus mengunjung­i premisnya di No 6, Lorong Selangan, Jalan Lanang.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA lantai jubin yang terdapat di Botra Trading Sdn Bhd di Sibu, semalam.
ANTARA lantai jubin yang terdapat di Botra Trading Sdn Bhd di Sibu, semalam.
 ??  ?? ORANG ramai mengunjung­i antara barangan yang dipamerkan Botra Trading Sdn Bhd di Sibu, semalam.
ORANG ramai mengunjung­i antara barangan yang dipamerkan Botra Trading Sdn Bhd di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia