Utusan Borneo (Sabah)

Impak positif, bina jati diri

Kem Aspirasi Pelajar Kelab Malaysiaku Berilmu menyeronok­kan

-

GOLONGAN muda terutama para pelajar merupakan aset penting dalam mencorak dan membangunk­an depan negara.

Bagi melahirkan pewaris atau pemimpin berwibawa masa akan datang, Jabatan Penerangan Sabah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Daerah Tawau menganjurk­an Kem Aspirasi Pelajar Kelab Malaysiaku Peringkat Negeri pada 22 hingga 24 November.

Terpancar wajah gembira dan kepuasan para peserta selepas menyertai kem berkenaan.

Presiden Kem Mohammad Noor Aiman Hassan Mudin, 16, teruja dan gembira menyertai kem berkenaan, tambahan pula turut dipilih sebagai ketua pelajar atau presiden bagi kem berkenaan.

“Saya sangat seronok menyertai kem ini kerana dapat menimba ilmu selain dapat berkenalan dengan rakan-rakan baharu dari sekolah yang berlainan.

“Pada permulaann­ya, semua peserta agak malumalu tetapi selepas tiga hari di sini, kami menjadi rapat walaupun dari sekolah berlainan.

“Memandangk­an latar belakang berlainan serta ada perbezaan umur, ada juga kami berselisih­an pendapat dan idea. Bagaimanap­un, perbezaan itu kami gabungkan menjadi satu cadangan dan idea yang paling bernas,” kongsinya. Katanya ia juga merupakan antara kem terbaik yang pernah dia sertai kerana pengisian yang tidak terlalu padat tetapi berilmu dengan fasilitato­rnya yang sangat kreatif dalam menyampaik­an maklumat selain dapat menarik perhatian mereka sehingga tiada satu aktivitiny­a yang dirasakan bosan. “Saya berharap program tahun hadapan dapat diawalkan supaya saya serta rakan-rakan yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat menyertai kem ini lagi memandangk­an pada tahun ini ia diadakan semasa peperiksaa­n itu,” katanya kepada pemberita.

Bagi pelajar SM Konven St Ursula, Rosalinda Wong Yu Chun, 14, dia tidak menyangka kem itu berlainan dengan kemkem yang pernah disertai sebelum ini.

“Pada mulanya, saya agak ragu-ragu untuk menyertai kem ini kerana menyangkak­an akan ada pelbagai aktiviti lasak dan meletihkan ternyata ianya jauh berbeza.

“Ramai rakan yang menarik diri atau tidak mahu menyertain­ya kerana malu dan takut tapi sebenarnya sangkaan mereka meleset sekali kerana kem ini amat menyeronok­kan,” katanya.

Selain dapat mendapat ilmu baharu, mereka juga berpeluang mengasah bakat dan meningkat kemahiran berkomunik­asi di hadapan audien dengan tunjuk ajar fasilitato­r yang berpengala­man dalam bidang masing-masing.

“Biar pun pernah juga ditegur dan dimarahi oleh fasilitato­r, kami tidak ambil hati kerana percaya ia adalah untuk kebaikan kami bersama,” katanya gembira.

Sementara itu, Guru Pengiring SMK Abaka Amisah Alimuddin, 49, berkata kem berkenaan bukan sahaja memberi kelebihan kepada para peserta tetapi juga kepada guru-guru pengiring.

“Melalui kem ini, jaringan rangkaian di antara guruguru penyelaras dapat pereratkan dan kami turut mewujudkan group Whatsapp (WA) untuk memudahkan perkongsia­n idea dan pendapat selain bantu-membantu antara satu dengan yang lain.

“Antara impak positif yang saya dapat lihat, selepas kem ini para peserta dilihat semakin yakin dengan diri sendiri, sebagai contoh, sebelum pelajar saya yang pendiam di sekolah, tetapi selepas menyertai kem ini dia dapat meningkatk­an kemahiran berkomunik­asi dan tampil di hadapan perhimpuna­n sekolah malah mereka inilah yang selalu menjadi ketua dalam setiap aktiviti di sekolah,” kongsinya.

Guru pengiring dari SMK Kuhara, Alman Alam, 45, turut bersetuju dengan pandangan Amisah.

“Ini kali kedua saya membawa seramai 10 pelajar, yang mana secara tidak langsung mereka memberi aspirasi melalui aktivitiak­tiviti yang dijalankan, mereka juga dididik untuk menjadi seorang yang berjiwa pemimpin selain dapat menyuntik sifat-sifat patriotik dan cintai negara dalam jiwa mereka.

“Para peserta turut dapat berkenalan dan meningkatk­an kecekapan kendiri, membina kemahiran komunikasi dan Insyallah saya akan membawa lagi pelajar lain ke kem ini pada tahun-tahun hadapan,” katanya.

Wakil Pejabat Pendidikan Daerah Tawau, Basri Nusu turut berharap kem dan program Jabatan Penerangan dapat diteruskan pada masa hadapan.

“Jabatan pendidikan mula bekerjasam­a dengan Jabatan Penerangan sejak 2013 di melibatkan beberapa sekolah menengah dan setiap tahun aktiviti yang dijalankan amat baik sekali.

“Sekolah-sekolah juga memberi komitmen yang mantap dalam semua acara yang dianjurkan bersama Jabatan Penerangan kerana banyak ilmu yang mereka boleh perolehi dari segi untuk mendirikan kendiri masing-masing dan penganjara­n serta pelajaran di sekolah.

“Saya lihat semangat sayangkan negara turut disuntik dalam program ini dan ia memberi nilai tambah berbanding program kem yang lain dan diharapkan lebih banyak sekolah menengah di negeri ini terutamany­a di Tawau akan mengambil peluang mewujudkan Kelab Malaysiaku di sekolah masing-masing agar dapat turut serta dalam programpro­gram anjuran Jabatan Penerangan,” ujarnya semasa ditemui.

Program bertempat di Kompleks Sukan Tawau itu disertai 70 pelajar dengan enam guru pengiring mewakili sekolah-sekolah di sekitar Tawau iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Konven St Ursula, SMK Tawau, SMK Abaka, SMK Kenabutan, SMK Kuhara dan SMK Jalan Apas.

Sepanjang tiga hari berkampung di kem berkenaan, para peserta didedahkan dengan pelbagai taklimat dan ceramah serta aktiviti luar kelas antaranya ceramah Rukun Negara, Masalah Gejala Sosial dan Klik Dengan Bijak serta persiapan dan persembaha­n Sketsa Rukun Negara.

Majlis penutup disempurna­kan oleh Pengarah Penerangan Sabah Norzawiyah Bulka dan turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmat­an Komunikasi dan Pembanguna­n Masyarakat Wasrin Jakaria serta Pegawai Penerangan Bahagian Busmin Brahim.

Saya sangat seronok menyertai kem ini kerana dapat menimba ilmu selain dapat berkenalan dengan rakan-rakan baharu dari sekolah yang berlainan.

MOHAMMAD NOOR AIMAN HASSAN MUDIN Presiden Kem

 ??  ?? PARA peserta bergambar kenangan bersama tetamu jumputan dan urusetia kem.
PARA peserta bergambar kenangan bersama tetamu jumputan dan urusetia kem.
 ??  ?? ANTARA aktiviti yang dijalankan sepanjang kem berkenaan.
ANTARA aktiviti yang dijalankan sepanjang kem berkenaan.
 ??  ?? PARA peserta tidak melepaskan peluang bergambar kenangan bersama Norzawiyah (berdiri, lima dari kiri) dan Basri (berdiri, lima dari kanan).
PARA peserta tidak melepaskan peluang bergambar kenangan bersama Norzawiyah (berdiri, lima dari kiri) dan Basri (berdiri, lima dari kanan).
 ??  ?? AMISAH (kanan) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang peserta program.
AMISAH (kanan) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang peserta program.
 ??  ?? MOHAMMAD Noor sewaktu berucap pada program itu.
MOHAMMAD Noor sewaktu berucap pada program itu.
 ??  ?? ALMAN
ALMAN
 ??  ?? BASRI
BASRI
 ??  ?? ROSALINDA
ROSALINDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia