Utusan Borneo (Sabah)

Hubungan niaga IKSnita, HCCIP

Meterai MoU perdaganga­n dua hala berkaitan produk halal

-

PERSATUAN

Industri Kecil dan Sederhana Wanita (IKSnita) Sabah dan Pertubuhan Industri dan Perdaganga­n Halal Antarabang­sa Filipina (HCCIP) menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) di Makati, Manila baru-baru ini.

MoU itu meliputi perjanjian perdaganga­n dua hala terutama dalam urusniaga berkaitan produkprod­uk halal dari kedua-dua negara itu dan pelbagai jenis dagangan eksport ke negara jiran. MoU itu disertai delegasi kalangan peniagapen­iaga tempatan dari IKSnita Sabah, termasuk golongan peniaga wanita tempatan luar bandar dan syarikat Adabi Malaysia.

Majlis MoU yang dihadiri lebih 30 peniaga di negara itu dan IKSnita, ditandatan­gani bersama antara Presiden IKSnita Sabah Datuk Dayang Khatijah Datu Bactiyal dan Presiden Pertubuhan Industri Perdaganga­n Halal Antarabang­sa Alexender Sultan, disaksikan oleh Duta Besar Malaysia ke Filipina Datuk Razlan Abdul Rashid.

Dayang Khatijah berkata hasil perbincang­an berterusan antara keduadua pihak bukan sehari tetapi dalam beberapa siri perjumpaan, dan akhirnya agenda perdaganga­n dua hala ini terlaksana.

“Semangat kerjasama erat antara kedua-dua pihak itu membuahkan hasil. Justeru, menjadi harapan saya agar MoU ini dapat menjana ekonomi antara dua negara terutama menggalakk­an usahawan wanita dari Sabah terus berkembang maju dan berdaya saing di pasaran luar negara,” kata sambil melahirkan keyakinan perdaganga­n halal kedua-dua negara akan mewujudkan suasana ekonomi kondusif secara berterusan.

Dayang Khatijah berkata agenda utama yang dibincangk­an selama lima hari di negara itu yang bermula pada 12 hingga 16 Oktober lepas, memfokuska­n kepada misi lawatan niaga ke beberapa permis-permis halal di pusat bandar Manila seperti Mini Market PureHalal, San Juan, Green Hill Mall dan beberapa lagi lokasi yang menjadi tumpuan masyarakat Islam di bandar metropolit­an itu.

Berdasarka­n taklimat ringkas di pejabat HCCIP oleh Alexender, permintaan adalah berkenaan barangan runcit dan keperluan makanan harian terutama makanan berasaskan komoditi yang halal.

Alexender berkata produk halal amat diperlukan di negara itu terutama masyarakat Islam yang mendiami beberapa lokasi di negara di pusat bandar Manila terutama di bahagian Mindanao yang mempunyai bilangan majoriti masyarakat Islam.

“Perjanjian itu juga mampu membantu melonjakka­n ekonomi masyarakat­nya dan menerusi aktiviti-aktiviti perniagaan yang berasaskan makanan menerusi hubungan dua hala terutama dalam produkprod­uk makanan halal.

Pada majlis itu, para delegasi diberikan peluang mempomosik­an produkprod­uk mereka dan produk makanan halal merupakan topik utama yang dibincangk­an dengan HCCIP dan anggota yang berkaitan dengan perdaganga­n dua negara yang berpejabat di kota metropolit­an Manila tu.

Dayang Khatijah dan Alexender dalam ucapan masing-masing, yakin dengan kerjasama perdaganga­n yang telah dimeterai akan membawa hasil yang positif terutama dalam melonjakka­n ekonomi pasaran kedua-dua pihak.

“Ia sebagai menyahut seruan kerajaan yang inginkan melonjakka­n semangat golongan para peniaga untuk menyertai misi kerajaan di bawah Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa (MITI), Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (Matrade) iaitu ‘Time to

Export’ yang mahu aktiviti eksport pesat antara dua negara.

“Perjanjian itu hasil perjumpaan demi perjumpaan antara pengendali makanan halal yang diketuai oleh Alexender dan rakanrakan niaga,” kata Dayang Khatijah.

MASA UNTUK EKSPORT

Dayang Khatijah berkata siapa yang menyahut seruan untuk mengadakan aktivitiak­tiviti perniagaan antara dua negara jiran ini.

‘Time to Export’ tapi siapa yang pergi buat eksport? Maka itu, slogan ini harus diikuti dengan sokongan dan bantuan dari pihak yang berkaitan terutama Matrade.

“Kami di IKSnita mahu melonjakka­n semangat golongan usahawan untuk terus berdaya saing dan mampu melebarkan perniagaan mereka di pasaran luar negara.

“Saya berkali-kali berhubung dengan rakanrakan niaga sama ada di dalam dan luar. Kami fokus kepada agenda produk halal. Alhamdulil­ah tercapai misi ke Manila. Ini hasil sokongan padu Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA), dan Jabatan Pembanguna­n Industri (DDIR).

Katanya semua ini adalah agenda IKSnita Sabah yang mahu golongan usahawan mendapat suntikan berterusan terutama latihan dan bantuan dari pelbagai sudut untuk mereka terus mampu berdaya saing dan ke hadapan.

“Kita fokus kepada beberapa program dan program agenda halal ini adalah agenda utama kita sejak beberapa tahun ini. IKSnita akan mengetuai aktiviti perniagaan eksport produk halal ke bandar paling pesat ini,” katanya sambil berkata sokongan berterusan kepada IKSnita mampu membawa usaha ini terus ke hadapan.

Hasil tinjauan ke bandar metropolit­an Manila itu, potensi perniagaan berasakan produk halal amat besar kerana masyarkat Islam banyak mendiami kota sibuk itu.

Beliau yakin dengan adanya pembukaan semula peniagaan antara sempadan negara seperti pertukaran barang oleh kerajaan tidak lama lagi akan menambahka­n ekonomi masyarakat setempat.

USAHAWAN PERLU SUNTIKAN BERTERUSAN

Dayang Khatijah berkata golongan usahawan perlu suntikan secara berterusan bagi memberi sokongan dorongan dan semangat selain bantuan latihan dan ekonomi.

Beliau menjelaska­n usahawan tidak akan rugi malah akan lebih mahir dengan selok belok berniaga dan berdedikas­i kerana ilmu yang diperolehi­nya. “Jangan lepaskan peluang yang telah disediakan kerajaan.”

Dayang Khatijah menyaranka­n agar golongan usahawan melihat bagaimana orang lain menjalanka­n perniagaan mereka dan bagaimana mereka mengurus ekonomi mereka terutama di beberapa bandar yang padat pendudukny­a.

“Kita tengok produk lain dan tengok apa yang mereka niagakan, bagaimana mereka berniaga dan cara mereka menjalanka­n aktiviti harian mereka.

“Jalan ke luar lihat bagaimana mereka berniaga dan bagaimana mereka jalankan perniagaan mereka dan bandingkan dengan kualiti maka dengan ilmu dapat melahirkan golongan peniaga berkembang dari semasa ke semasa,” katanya.

IKSNITA FOKUS BANTU USAHAWAN WANITA

Menurut Dayang Khatijah, IKSnita mengenal pasti golongan usahawan wanita yang berpotensi bagi mendapat sokongan untuk membangunk­an mereka.

Pada setiap program yang sudah dirancang oleh persatuan akan membabitka­n golongan usahawan yang baru berkecimpu­ng dalam perniagaan produk pembungkus­an dan membantu mereka mengembang­kan pasaran mereka.

“Kita membawa beberapa usahawan tempatan bersama-sama untuk melihat sendiri dan belajar bagaimana berniaga di luar sana,” katanya sambil merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang sentiasa membantu IKSnita terutama JHEWA dan DDIR.

“Alhamdulil­ah sasaran kita tercapai. Golongan wanita di luar sana perlu tampil ke hadapan kerana mereka akan mendapatka­n kemahiran daripada mana-mana pihak yang telah disediakan oleh kerajaan termasuk JHEWA, DDIR dalam membangunk­an ekonomi golongan usahawan wanita.

“Saya selaku presiden persatuan ini sudah tentu mahu ahli dan gologan wanita mendapat sokongan dan dibantu. Kita fokus membantu mereka yang perlukan bantuan. Kita jangan fikir apa yang orang fikir tapi cuba fikir bagaimana orang lain berniaga mampu ke depan. Jika kita fikir apa yang orang fikir tentang kita, orang sudah sampai tapi kita masih kekal ditakuk lama,” katanya.

Beliau berkata untuk berjaya kena ada matlamat dan berusaha memaksa diri untuk keluar dari kepompong.

“Usahawan perlu melawan diri untuk berjaya,” katanya sambil berharap mendapat sokongan berterusan daripada pihak kerajaan.

LAWATAN KE MAKATI KEMBANGKAN POTENSI BERNIAGA

Bagi salah seorang usahawan wanita dari Sandakan, Sante Villiamon melahirkan rasa syukur dan amat bertuah kerana terpilih dalam rombongan lawatan ke Makati, Manila.

Kongsinya, melalui lawatan berharga itu dia berpeluang mempelajar­i bagaimana mereka (usahawan di Makati) mengusahak­an dan mengendali­kan perniagaan mereka terutama dalam membina produk makanan harian.

“Lawatan ini sangat berguna kepada diri saya untuk mengajar diri dan menimba ilmu tambahan dalam mengembang­kan potensi berniaga di pasaran global. Saya bersama rakan-rakan usahawan lain dari Sabah juga dapat melihat sendiri bagaimana permintaan pasaran halal.

“Terima kasih kepada JHEWA dan IKSnita Sabah yang memilih saya sebagai salah satu usahawan niaga bagi aktiviti eksport halal dua hala itu,” katanya yang diplih salah satu usahawan yang berpotensi untuk diketengah­kan.

Sante juga berharap agar mendapat sokongan dan bantuan daripada agensi kerajaan terutama bagi mendapatka­n bantuan pembungkus­an produk mereka.

Beliau kini mengeluark­an produk sendiri iaitu Pes Tiula Itum Pak Alonto, Otak Otak Isi Ikan Beku dan Jeruk Salak serta mengeluark­an biskut jenama Fanafa Cookies.

 ??  ??
 ??  ?? DELEGASI jemputan. dua negara merakamkan gambar kenangan bersama Razlan dan para
DELEGASI jemputan. dua negara merakamkan gambar kenangan bersama Razlan dan para
 ??  ?? PERTUKARAN dokumen MoU di antara Dayang Khatijah dan Alexender pada majlis itu di Makati Manila baru baru ini.
PERTUKARAN dokumen MoU di antara Dayang Khatijah dan Alexender pada majlis itu di Makati Manila baru baru ini.
 ??  ?? SALAH seorang usahawan tempatan Sabah, Sante Villiamon mempersemb­ahkan idea dan produk kepada delegasi dari Manila.
SALAH seorang usahawan tempatan Sabah, Sante Villiamon mempersemb­ahkan idea dan produk kepada delegasi dari Manila.
 ??  ?? DAYANG Khatijah (duduk, dua kanan) menandatan­gani MoU dengan Alexender (duduk, dua kiri).
DAYANG Khatijah (duduk, dua kanan) menandatan­gani MoU dengan Alexender (duduk, dua kiri).
 ??  ?? DAYANG Khatijah (dua kanan) bertanyaka­n sesuatu dengan pengendali runcit PureHalal di San Juan, Manila.
DAYANG Khatijah (dua kanan) bertanyaka­n sesuatu dengan pengendali runcit PureHalal di San Juan, Manila.
 ??  ?? GAMBAR kenangan selepas perjumpaan dengan Alexender di pejabat beliau di Makati Manila.
GAMBAR kenangan selepas perjumpaan dengan Alexender di pejabat beliau di Makati Manila.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia