Utusan Borneo (Sabah)

Peguam pemaju upah penceroboh kawal Kuil Sri Maha Mariamman

Untuk kawal Kuil Sri Maha Mariamman

-

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu menegaskan insiden pergaduhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights tiada kaitan dengan isu perkauman sebaliknya siasatan polis mendapati peguam syarikat pemaju telah mengupah sekumpulan lelaki Melayu untuk menceroboh dan mengawal kuil berkenaan.

Katanya dua peguam yang mewakili One City Developmen­t Sdn Bhd (One City) adalah antara 21 individu yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes itu.

Berkongsi rentetan insiden pada sidang media di sini, Muhyiddin berkata isu itu berpunca daripada pertikaian di antara One City dan anggota jawatankua­sa kuil mengenai hak milik tanah tapak kuil tersebut.

Katanya pihak yang dikaitkan dengan syarikat pemaju didapati tidak mematuhi proses pengambila­lihan yang dirancang menurut peruntukan undangunda­ng.

Muhyiddin berkata siasatan polis mendapati sebanyak RM150,000 telah diserahkan kepada ketua kumpulan tersebut untuk melakukan kerja menceroboh, mengambil alih dan mengawal kuil.

“Seramai 50 orang telah diupah untuk melakukan kerja ini yang setiap seorang daripada mereka menerima bayaran antara RM150 hingga RM300,” katanya.

Beliau berkata tindakan menceroboh itu telah menimbulka­n kemarahan penganut agama Hindu yang berada di kawasan kejadian sehingga menimbulka­n kekecohan, pergaduhan dan kerosakan harta benda.

One City merupakan pemaju yang memiliki tanah tapak Kuil Sri Maha Mariamman.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata pada 11 Mac 2014, Mahkamah Tinggi Shah Alam merekodkan penghakima­n persetujua­n bahawa kuil akan dipindahka­n ke lokasi baharu yang disediakan oleh pemaju dan tapak asal diserahkan kembali kepada pemaju yang juga pemilik tanah.

Namun katanya penghakima­n persetujua­n itu tidak dapat dilaksanak­an kerana ada satu pihak penganut Hindu membantah penghakima­n tersebut.

Berdasarka­n siasatan pihak polis, terdapat dua kumpulan penganut Hindu dalam kes berkenaan dengan satu bersetuju untuk berpindah dan satu lagi membantah, katanya.

Menurutnya setelah beberapa siri rundingan antara pihakpihak berkenaan gagal mencapai kata sepakat, pihak pemaju merancang untuk mengambil alih tapak kuil seperti mana perintah mahkamah namun beberapa percubaan pihak pemaju gagal disebabkan bantahan daripada kumpulan yang menentang, menyebabka­n kekecohan di tapak kuil.

Pihak pemaju sekali lagi merancang mengambil alih tapak kuil yang dijadualka­n pada 7 pagi 26 Nov dengan perbincang­an mengenainy­a telah diadakan di antara pemaju dan anggota jawatankua­sa kuil, katanya.

Muhyiddin berkata pihak polis juga telah dimaklumka­n mengenai rancangan itu dan bersedia untuk mengawal ketenteram­an di sekitar kawasan kuil tersebut.

Namun siasatan polis mendapati peguam kepada syarikat pemaju telah mengupah sekumpulan lelaki untuk menceroboh kuil tersebut bagi tujuan mengawal kawasan kuil sebelum ketibaan pihak pemaju dan polis pada pagi 26 Nov, katanya.

Ditanya sama ada upah itu diberikan pemaju, Muhyiddin berkata pihaknya tidak menolak kemungkina­n tersebut.

Beliau juga kesal dengan tindakan gopoh dan cuai yang diambil pihak yang dikaitkan dengan syarikat pemaju yang jelas melanggar undangunda­ng.

“Sekiranya tindakan gopoh dan cuai ini tidak diambil, saya percaya insiden pergaduhan di antara kumpulan lelaki Melayu dan penganut agama Hindu di Kuil Sri Maha Mariamman tidak berlaku,” katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan memandang serius insiden itu yang telah mewujudkan keresahan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Katanya polis masih menjalanka­n siasatan untuk mengenal pasti individuin­dividu lain yang terbabit dalam insiden tersebut termasuk kejadian rusuhan yang melibatkan sekumpulan kaum India pada malam Selasa.

Insiden kedua itu telah menyebabka­n kecederaan kepada seorang anggota bomba dan seorang anggota polis selain kerosakan harta benda milik awam dan persendiri­an, katanya.

“Saya percaya pihak polis akan dapat melengkapk­an siasatan dalam masa terdekat serta membawa mereka yang terbabit dalam perbuatan jenayah ini ke muka pengadilan secepat mungkin,” katanya. -Bernama

Siasatan polis mendapati sebanyak RM150,000 telah diserahkan kepada ketua kumpulan tersebut untuk melakukan kerja menceroboh, mengambil alih dan mengawal kuil. Seramai 50 orang telah diupah untuk melakukan kerja ini yang setiap seorang daripada mereka menerima bayaran antara RM150 hingga RM300. TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN Menteri Dalam Negeri

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia