Utusan Borneo (Sabah)

Ada syarikat ambil kesempatan: Azis

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman mengesahka­n terdapat syarikat yang mengambil kesempatan menjual borang permohonan untuk mendapatka­n dokumen sah.

Beliau berkata syarikat yang menyediaka­n perkhidmat­an menaip dan memberi akuan bersumpah di Kampung Air itu bertindak menghebohk­an maklumat terbabit kepada pemegang IMM13 iaitu pemegang kad pengenalan merah atau Pemastauti­n Tetap (MyPR) dan Pemastauti­n Sementara (MyKas).

“Pihak syarikat turut mendakwa kononnya jika melalui surat permohonan terbabit dengan disertakan akuan bersumpah serta mendapat sokongan saya, akan mendapat kewarganeg­araan atau dokumen yang membolehka­n mereka tinggal di Sabah.

“Perbuatan pihak syarikat itu menyebabka­n ramai individu yang datang di kedai mereka untuk membuat permohonan dan mendapatka­n akuan bersumpah dari kedai mereka yang mana setiap permohonan dikenakan bayaran RM40,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Kelab Penyokong Warisan Sabah pada Rabu.

Azis berkata pihaknya sudah mengarahka­n pihak polis untuk melaksanak­an tangkapan terhadap individu terlibat dalam kegiatan itu dan kesemua suspek kini dalam tahanan reman polis.

Dalam pada itu, tiga individu masing-masing dua wanita berumur 32 dan 48 tahun serta seorang lelaki pembantu kedai yang juga pemegang IMM13 ditahan polis pertengaha­n bulan lalu di sebuah premis di Kampung Air pada jam 2.30 petang.

Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? AZIS
AZIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia