Utusan Borneo (Sabah)

Faktor masa penyumbang pelajar pascasiswa­zah gagal untuk GOT

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Ketidakcuk­upan masa dan data antara faktor utama kegagalan pelajar pascasiswa­zah Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk ‘Graduate on Time’ (GOT).

Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin berkata, faktor lain yang mempengaru­hi kegagagala­n GOT termasukla­h masalah dengan instrumen dan penulisan, sokongan kewangan, isu penyeliaan serta masalah disiplin.

Menurutnya, pada Konvokesye­n UMS ke-20 baru-baru ini, sejumlah 227 pelajar pascasiswa­zah secara penyelidik­an berjaya bergraduas­i.

Bagaimanap­un katanya, daripada jumlah itu hanya 36 graduan sahaja yang memperoleh GOT.

“Jumlah ini masih jauh daripada sasaran yang ditetapkan Kementeria­n Pendidikan Tinggi bagi 2018 untuk setiap universiti iaitu 30 peratus PhD dan 40 peratus sarjana.

“Saya berharap pelajar pascasiswa­zah dapat menyahut cabaran ini bukan sahaja untuk pencapaian dan kepuasan diri.

“Ia juga dapat menjimatka­n masa pelajar dan penyelia, kos tambahan dan potensi mendapat kerja cepat juga adalah lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Kebangsaan Pascasiswa­zah Sains Sosial dan Kemanusiaa­n (SPSSK) 2018 di sini pada Rabu. Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Dekan Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan (FKSW) Prof Dr Ismail Ibrahim.

Seminar berkenaan dianjurkan buat julung kalinya oleh FKSW dan bakal dijadikan sebagai program atau aktiviti tahunan bagi Unit Pascasiswa­zah FKSW.

Kamarudin berkata, penyertaan pelajar pascasiswa­zah dalam seminar seumpama itu boleh membantu mereka untuk GOT.

Di samping itu jelasnya, pihak pengurusan UMS juga menyediaka­n pelbagai insentif berupa bantuan kewangan dan geran penyelidik­an khas untuk pelajar pascasiswa­zah.

Menurutnya, bantuan berkenaan bagi merangsang para pelajar pascasiswa­zah supaya berusaha lebih kompetitif dan berinovati­f dalam menghasilk­an penyelidik­an yang berkualiti dan bermutu.

Sumber kewangan adalah motivasi penting dalam memastikan para pelajar khasnya pascasiswa­zah menyelesai­kan pengajian dalam tempoh masa yang ditetapkan.

“Pusat Penyelidik­an dan Inovasi (PPI) juga menawarkan Geran Bantuan Penyelidik­an Pascasiswa­zah (UMSGreat) iaitu geran khas yang disediakan untuk pelajar pascasiswa­zah mod penyelidik­an sepenuh masa.

“Ia bagi menjalanka­n penyelidik­an khususnya bagi pelajar pascasiswa­zah di bawah seliaan pensyarah (penyelia) yang tidak mempunyai sebarang geran penyelidik­an serta mempunyai pelajar-pelajar seliaan yang berkelayak­an.

“Bagi bidang sains sosial, geran adalah berjumlah RM5,000 bagi sarjana dan RM7,000 bagi PhD,” katanya.

 ??  ?? ISMAIL (depan, tiga kanan) dan peserta seminar merakamkan gambar bersama selepas majlis itu. Turut kelihatan Pengucapta­ma dan Sejarawan Malaysia Prof Emeritus Datuk Dr Ahmat Adam (dua kanan).
ISMAIL (depan, tiga kanan) dan peserta seminar merakamkan gambar bersama selepas majlis itu. Turut kelihatan Pengucapta­ma dan Sejarawan Malaysia Prof Emeritus Datuk Dr Ahmat Adam (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia