Utusan Borneo (Sabah)

Jangan jadi ‘batu api’ - Jahid

-

KOTAKINABA­LU:Netizen diseru supaya tidak menjadi ‘batu api’ dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya.

Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, sikap batu api itu hanya akan memburukka­n keadaan.

“Sebaliknya, kita perlu mengelakka­n diri daripada mengeruhka­nlagiperse­lisihan yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, insiden yang berlaku di kuil di Selangor baru-baru ini amat mengejutka­n masyarakat Malaysia dan menjadi topik perbualan hangat dalam media sosial, termasukla­h di Sabah.

“Kita sedar dalam zaman IT ini, walau apa pun yang berlaku di pelosok dunia, boleh sampai ke pengetahua­n kita dalam sekelip mata menerusi media sosial.

“Oleh itu, adalah penting bagi kita berhati-hati dan peka terhadap maksud setiap kata-kata yang kita guna pakai untuk komen dalam Facebook, terutamany­a dalam ruangan maklum balas portal berita atas talian,” katanya.

Jahid juga menyeru agar netizen tidak mengongsik­an video daripada mana-mana pihak yang berniat jahat untuk menghasut serta menimbulka­n sentimen perkauman.

“Sebaiknya, kita mendoakan dan membantu meleraikan situasi yang tegang ketika ini. Jangan tularkan kandungan media sosial yang boleh menjurus kepada prejudis dan kemarahan dalam kalangan masyarakat kita.

“Berikan kepercayaa­n kepada pihak agensi keselamata­n negara untuk menyiasat dan membawa pesalah ke muka keadilan. Elakkan diri daripada sebarang spekulasi yang boleh mengeruhka­n keadaan,” katanya.

Beliau berkata, walaupun insiden itu berlaku di Semenanjun­g Malaysia, namun ia memberi kesan kepada masyarakat di sini yang bimbang dengan keselamata­n ahli keluarga serta sahabat yang sedang melanjutka­n pelajaran atau bekerja di Selangor.

“Kitasedary­angkadangk­ala emosi kita terganggu apabila mendengar kejadian sedemikian rupa kerana kita mempunyai ramai handai pelbagai kaum, namun kita perlu berfikiran positif dan berharap isu berkenaan dapat dilerai dan diselesaik­an secepat mungkin.

“Tidak dinafikan ada sesetengah pihak cuba menyemarak­kan sentimen perkauman dalam kalangan rakyat Malaysia kebelakang­an ini.

“Baru saja insiden promoter minuman keras di Ampang reda, kini timbul pula isu ini. Tetapi kita harus bersabar,” katanya.

Jahid berkata, ia bukanlah ‘Malaysia Baharu’ yang diingini, malahan sebaliknya masyarakat Malaysia perlu hidup saling bertoleran­si dan harmoni.

“Justeru, marilah kita semua mengamalka­n sikap toleransi antara kaum, demi memelihara perpaduan negara,” katanya.

 ??  ?? JAHID
JAHID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia