Utusan Borneo (Sabah)

Gerai simpang Wakuba bakal berubah wajah

Dinaik taraf menerusi projek rakyat

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Gerai-gerai di bahu jalan khususnya di simpang Kg Wakuba, Batu 15 Jalan Apas, di sini dijangka bakal berubah wajah apabila dinaiktara­f menerusi Projek Rakyat.

Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Peter Anthony berkata langkah itu sejajar dengan saranan Ketua Menteri supaya kerajaan membantu pengusaha kecil di bahu jalan.

“Khususnya, gerai-gerai yang berada di kawasan rizab jalan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk diperbaiki dan memberikan imej baharu pada era Sabah Baharu,” katanya di sini pada Rabu.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.

Menurutnya, kawasan itu akan dinaiktara­f seperti konsep Rehat dan Rawat (RNR) yang dilengkapi dengan pelbagai fasiliti seperti surau, tandas, tempat makan dan sebagainya.

“Keselesaan pengunjung juga amat penting kerana sekurang-kurangnya sekiranya pelancong dari dalam dan luar negara datang, ada tempat begini yang disediakan.

“Usaha ini juga bantuan Kerajaan Negeri kepada mereka yang berada di luar bandar, lagipun ada kedai-kedai yang sudah uzur dan kedudukann­ya tidak teratur,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata pengusaha gerai yang layak dan dikenalpas­ti penduduk asal di kawasan terbabit boleh diserapkan untuk berniaga di kawasan baharu itu kelak.

Menyentuh lawatannya ke Semporna, menteri itu berkata fasiliti jalan raya antara Tawau dan Semporna turut menjadi perhatiann­ya berikutan kesibukan jalan di kawasan terbabit.

“Kita nampak terlalu ramai pelancong dari Tawau (lapangan terbang) ke Semporna setiap hari sehingga jalan menjadi sesak, justeru sudah sudah tiba masanya jalan diperbesar­kan.

“Pada masa sama, kita turut melawat Hospital Semporna susulan rungutan masalah air yang berlaku di hospital itu oleh Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat,” katanya.

Beliau berkata kementeria­nnya turut menyerahka­n empat tangki yang boleh menampung sehingga kira-kira 10, 000 gelen setiap tangki untuk keperluan warga Hospital Semporna.

 ??  ?? PETER bersalam dengan Pengarah Hospital Semporna sambil disaksikan Christina sebagai simbolik penyerahan empat tangki air untuk kegunaan warga hospital.
PETER bersalam dengan Pengarah Hospital Semporna sambil disaksikan Christina sebagai simbolik penyerahan empat tangki air untuk kegunaan warga hospital.
 ??  ?? CHRISTINA dan Peter beramah-mesra dengan salah sebuah keluarga yang berniaga di gerai bahu jalan simpang Kg Wakuba Batu 15 Jalan Apas Tawau.
CHRISTINA dan Peter beramah-mesra dengan salah sebuah keluarga yang berniaga di gerai bahu jalan simpang Kg Wakuba Batu 15 Jalan Apas Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia