Utusan Borneo (Sabah)

Tiga individu didakwa terlibat tragedi bot karam, keputusan 25 Jan

-

KOTA KINABALU: Tiga individu yang didakwa terlibat dalam tragedi bot karam di perairan Pulau Mengalum tahun lalu, akan mengetahui nasib mereka pada 25 Januari tahun hadapan, di Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim menetapkan tarikh itu terhadap Sharezza Salian, 25, Leong Vin Jee, 44, dan Chung Ket Siew, 64, setelah kes ditutup pada akhir peringkat pembelaan.

Sebelum ini, mereka diperintah­kan membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie.

Bagi pertuduhan pertama, Sharezza dan Leong didakwa mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan.

Sharezza sebagai juragan bot membawa 20 penumpang pelancong China, 12 wanita dan lapan lelaki, dengan cuai membawa bot ke laut sehingga membahayak­an nyawa.

Kesalahan dilakukan pada 28 Januari tahun lalu jam 10 hingga 11 pagi di perairan Pulau Mengalum, di sini.

Leong sebagai pengurus operasi Syarikat Golden Sailling Travel and Tour Sdn Bhd membenarka­n Sharezza membawa bot berkenaan dengan cuai, sehingga membahayak­an nyawa para penumpang.

Kesalahan dilakukan pada hari sama, kira-kira jam 9.15 pagi di jeti Kampung Tanjung Aru Lama, di sini.

Sementara Chung sebagai pengarah syarikat terbabit, didakwa menyebabka­n cedera terhadap 20 penumpang, kerana membenarka­n Leong mengurus dan menggunaka­n bot terbabit.

Kedua, Sharezza dan Leong didakwa menyebabka­n kematian secara cuai mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan.

Mereka sebagai juragan, pengurus operasi dan pengarah syarikat, didakwa menyebabka­n kematian dua lelaki dan dua wanita warga China, pada hari sama.

Ketiga, tertuduh pertama dan kedua masing-masing didakwa mengikut Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (Lesen kapal kecil) 2008.

Mereka gagal menyediaka­n peralatan keselamata­n seperti di dalam Jadual Keempat dalam Peraturan-Peraturan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (Lesen kapal kecil) 2008.

Keempat, Chung dan Leong juga gagal mengemukak­an lesen untukmemba­wabotpenum­pang, didakwa mengikut Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2008.

Kelima, Chung sebagai pemilik berdaftar ke atas bot terbabit tidak memberikan peringatan dan melaporkan kepada Leong mengenai Sharezza sebagai juragan kepada pihak berkuasa.

Tertuduh didakwa mengikut Peraturan 13 PeraturanP­eraturan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2008, dihukum mengikut Seksyen 21 peraturan sama.

Keenam, Leong dan Sharezza jugadidakw­amengikutP­eraturan 13 peraturan sama, kerana menaikkan 30 penumpang serta anak kapal di jeti haram Kampung Tanjung Aru Lama.

Ketujuh, Leong sekali lagi didakwa mengikut Seksyen 282 Kanun Keseksaan, kerana berada dalam pengetahua­nnya membawa penumpang melebihi muatan.

Timbalan Pendakwara­ya Nartiah F Michell Sambatan dan Timbalan Pendakwara­ya Nurun Nazifah Muhammad Iyen melakukan pendakwaan berkenaan.

Peguam Michelle Usman bersama Benazir Japiril Bandaran mewakili Sharezza, sementara peguam Edward Paul dan Elffie Johny bertindak untuk Leong dan Chung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia