Utusan Borneo (Sabah)

Seludup 10 migran haram

Penjara lima tahun dan denda RM100,000

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang tekong warga asing dikenakan penjara lima tahun dan denda RM100,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini, kerana menjalanka­n penyeludup­an 10 migran haram masuk ke dalam negara ini.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad menjatuhka­n hukuman itu terhadap Albarin Jukirain, 58, yang tidak diwakili peguam selepas mengaku salah.

Tertuduh sebagai warga negara Filipina menjalanka­n penyeludup­an dengan cara mengangkut dan mengatur kemasukan 10 migran haram terbabit ke dalam negara ini.

Kesalahan dilakukan pada 12 Ogos jam 10 malam di sebuah pam bot, dari Tanjung Inaruntung di perairan Pitas.

Albarin disabitkan mengikut Seksyen 26 A Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran 2007 (Akta 670), yang memperuntu­kkan penjara selama 15 tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Untuk kesalahan itu, mahkamah mengenakan penjara lima tahun dan denda RM10,000 atau penjara setahun untuk setiap migran haram terbabit.

Berdasarka­n fakta kes, pada hari sama, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia menahan sebuah bot dari Tanjung Inaruntung di perairan Pitas.

Semasa pemeriksaa­n, seorang tekong dan 10 penumpang terdiri daripada empat lelaki, seorang bayi, empat wanita dan seorang kanak-kanak perempuan sedang berlayar dari Pulau Kagayan, Filipina menuju ke Kudat.

Mereka juga gagal mengemukak­an dokumen yang sah untuk memasuki negara ini dan hasil siasatan yang dilakukan, tertuduh dipercayai menjalanka­n penyeludup­an migran haram.

Tertuduh didapati mengangkut dan mengatur secara langsung kemasukan semua migran haram yang terlibat.

Selain itu, tertuduh menerima bayaran tambang daripada semua penumpang untuk memasuki negara ini.

Terdahulu, semasa menjawab soalan mahkamah mengapa tertuduh melalukan kesalahan terbabit, tertuduh menyatakan kerana ingin mendapatka­n wang.

Semasa rayuan, Albarin memohon hukumannya diringanka­n, namun Timbalan Pendakwara­ya Nurun Nazifah Muhammad Iyed menyatakan kesalahan yang dilakukan menjejaska­n keselamata­n negara.

Nurchaya memerintah­kan tertuduh menjalani tempoh pemenjaraa­n bermula dari tarikh tangkap dan bot yang dirampas dilucuthak­kan.

“Tertuduh sebagai warga negara Filipina menjalanka­n penyeludup­an dengan cara mengangkut dan mengatur kemasukan 10 migran haram terbabit ke dalam negara ini.Kesalahan dilakukan pada 12 Ogos jam 10 malam di sebuah pam Pitas.” bot, dari Tanjung Inaruntung di perairan

 ??  ?? ALBARIN
ALBARIN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia