Utusan Borneo (Sabah)

Program Jelajah Prihatin 2.0 santuni masyarakat Ranau

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

RANAU: Kira-kira 200 masyarakat dan pelajar Kampung Timbua, 50 kilometer dari Pekan Ranau, mendapat manfaat agihan sumbangan peralatan sekolah dan barangan dapur daripada Dewan Muslimat Pas Negeri Sabah (DMPNS).

Antaranya, 70 pelajar sekolah rendah yang menerima sumbangan ‘Back to School’ dan agihan sumbangan barangan keperluan asas kepada hampir 20 keluarga asnaf yang memerlukan seperti ibu tunggal, anak yatim, fakir miskin, mualaf dan pesakit kritikal.

Program jelajah kali kedua itu turut diisi dengan khidmat pemeriksaa­n kesihatan percuma yang dikelolaka­n oleh Pertubuhan Amal Perubatan Islam (Papisma) dan Pas Kawasan Ranau.

Program anjuran Lajnah Kebajikand­anKemasyar­akatan (LKK) dengan kerjasama Lajnah Dakwah (LD) DMPNS, Papisma dan Pas Kawasan Ranau itu dijayakan hampir 30 ahli jawatankua­sa serta sukarelawa­n dari Kota Kinabalu, Ranau, Tuaran Sandakan, Kota Belud, Lahad Datu dan Kunak.

Dalam ucapannya, Yang Dipertua Pas Ranau Ustaz Ratib Duraman amat terharu dengan sambutan masyarakat kampung itu terhadap program yang dilaksanak­an.

Beliau berharap program itu sedikit sebanyak akan dapat meringanka­n beban ibu bapa dan pelajar, khususnya yang menetap di kawasan pedalaman.

Hadir sama, Ketua Lajnah Kebajikand­anKemasyar­akatan DMPNS Nur Izzati Yusof dan Ketua Penyelaras Pas Cawangan Timbua Ratimin Sahadi.

Selain itu, program ziarah dakwah berkenaan juga bertujuan memberi motivasi kepada golongan asnaf dan mualaf yang memerlukan sokongan moral dan material daripada pelbagai pihak.

Pada 2017, program seumpamany­a telah diadakan di daerah Pitas dan akan diteruskan ke daerah terpencil lain pada masa akan datang.

 ??  ?? PENDUDUK Kg Timbua memanfaatk­an program Back to School dan agihan barangan keperluan asas.
PENDUDUK Kg Timbua memanfaatk­an program Back to School dan agihan barangan keperluan asas.
 ??  ?? AGIHAN barangan keperluan asas kepada golongan memerlukan.
AGIHAN barangan keperluan asas kepada golongan memerlukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia