Utusan Borneo (Sabah)

Enam animasi menghiburk­an khas cuti sekolah di TV2

-

RAIKAN cuti sekolah mulai November ini dengan tayangan enam animasi menghiburk­an dipilih Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk tontonan seisi keluarga.

Menemui penonton mulai 26 November ini hingga penghujung Disember depan, saksikan program disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat iaitu ‘Little Charmes’ (jam 8.00 pagi), ‘Mini Ninjas’ (jam 8.30 pagi), ‘Space Racers’ (jam 9.00 pagi) dan ‘Jack’ (jam 9.30 pagi).

Dua lagi animasi bakal menyusul hujung minggu iaitu ‘Robin Hood’ mulai 12 Disember ini, setiap Sabtu, jam 8.00 pagi diikuti esoknya waktu sama, 2 Disember, setiap Ahad, program ‘Boonie Bears’. Keenam-enam animasi ini disiarkan 26 episod menerusi saluran TV2.

Animasi ‘Little Charmes’ mengajak anda mengikuti watak Hazel, Lavender dan Posie merupakan tiga gadis remaja yang mempunyai talian persahabat­an yang sangat akrab. Dalam suasana yang riang gembira sama ada di rumah atau pengembara­an mereka di alam sekitar atau taman, mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai situasi yang memerlukan penyelesai­an. Dunia mereka adalah dunia fantasi dan binatang kesayangan mereka.

Menerusi siri animasi ‘Mini Ninjas’ pula ikuti cerita enam orang kanakkanak berumur 12 tahun membentuk ninja generasi baru yang bernama Mini Ninjas. Mereka yang dilatih oleh Guru Ninja yang bijak. Musuh mereka adalah kumpulan samurai yang jahat dan dilatih oleh guru samurai. Kumpulan Ninja berlawan dengan kumpulan samurai untuk mendapatka­n semula pedang ajaib yang telah jatuh ke tangan penjahat.

‘Space Racers’ menyusul mengajak penonton cilik berkenalan dengan sekumpulan kadet kapal angkasa lepas yang menjadi pelajar dalam Stardust Space Academy. Siri ini memaparkan pergaulan mereka sebagai rakan sekolah di akademi ini serta pengembara­an mereka dalam sistem suria dan pengalaman yang ditempuhi.

Sementara itu siri’Jack’ tidak kurang menariknya dengan perkongsia­n jalan cerita tentang Jack seorang makhluk asing kecil yang datang ke bumi bersama Rocket serta Chip dan mendapati semua yang ada di muka bumi ini sangat menarik.

Semasa di bumi, dia berkawan dengan beberapa kawan baru iaitu Niko, Yoki dan Sam.

Penggemar siri ‘Robin Hood’ saksikan perjalanan Robin Hood dan rakanrakan­nya menghadapi tindakan anar raja serta pengawal keselamata­n yang banyak menimbulka­n kesusahan kepada penduduk setempat.

Di samping itu terdapat gangguan daripada penjahat terhadap penduduk. Robin Hood bertindak balas dengan bantuan rakan-rakannya bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

Dalam ‘Boonie Bears’ dibawakan cerita tentang seorang pekerja syarikat pembalakka­n masuk ke dalam hutan untuk menebang pokok.

Boonie Bears terpaksa berusaha keras untuk mempertaha­nkan pokokpokok daripada ditebang dengan pelbagai cara. Mereka dibantu oleh beberapa ekor haiwan lain yang sama-sama tinggal di dalam hutan berkenaan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia