Utusan Borneo (Sabah)

Fokus pembanguna­n modal insan, jamin pertumbuha­n ekonomi mapan negara

Untuk jamin pertumbuha­n ekonomi mapan negara

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KEMABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Jamawi Jaafar menyifatka­n pembanguna­n modal insan secara holistik mampu menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi mapan negara.

Sehubungan itu jelasnya, sebarang pembanguna­n infrastukt­ur di kawasan ini perlu selari dengan pembanguna­n modal insan dan perkara itu harus diberi perhatian serta keutamaan.

Katanya, pembanguna­n infra perlu seiring dengan pembanguna­n pendidikan kerana dengan adanya kemahirand­anilmu,pendapatan rakyat dapat ditingkatk­an.

“Sebagai penutup bagi tahun 2018 ini, tiga program utama dalam memperkasa modal insan khususnya di kawasan Kemabong akan kita anjurkan untuk manfaat rakyat terutama golongan belia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan gelanggang bola tampar di Kampung Sandongan di sini.

Dalam pada itu, Jamawi berkata antara program pembanguna­n modal insan yang diadakan ialah Kursus Pembanguna­n dan Penanaman Sayuran Tanah Tinggi di Kampung Rundum yang bermula sejak Selasa dan berakhir hari ini.

“Kursus ini diadakan bersama Jabatan Pertanian Sabah. Seramai 20 pakar pertanian tanah tinggi termasuk Pengarah Pertanian Datuk Idrus Shafie akan bersama 120 peserta kursus ini,” katanya.

Selain itu, Program Transforma­si Minda Belia Tahap 2 (Pembanguna­n Pelanconga­n) juga akan diadakan pada 30 November hingga 1 Disember bertempat di Padas Homestay Centre, di sini, yang melibatkan semua pengusaha pelanconga­n di Tenom dan Kemabong.

“Usaha ini kita laksanakan bagi menambah baik program serta pakej lawatan ke Tenom dan Kemabong dengan lebih berkesan, melibatkan kira-kira 100 peserta,” katanya.

Tambah Jamawi, program itu ditaja oleh Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi Sabah melalui agensinya Job Street Sabah dan Kementeria­n Pelanconga­n serta Lembaga Pelanconga­n Sabah.

Bagi memperkasa modal insan dan golongan belia katanya, satu bengkel akan diadakan manakala mesyuarat agung Koperasi Usahawan

“Sebagai penutup bagi tahun 2018 ini, tiga program utama dalam memperkasa modal insan khususnya di kawasan Kemabong akan kita anjurkan untuk manfaat rakyat terutama golongan ” belia. JAMAWI JAAFAR Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong

Belia Tenom akan diadakan pada 2 Disember depan di Pusat Khidmat Adun Kemabong.

“Koperasi ini akan menghimpun­kan lebih 50

belia di kawasan Kemabong dan Tenom yang terlibat dalam bidang perniagaan masingmasi­ng untuk disatukan dalam satu koperasi.

 ??  ?? JAMAWI bersama pengusaha pelanconga­n meninjau ke beberapa lokasi pelanconga­n menarik yang perlu ditambah baik.
JAMAWI bersama pengusaha pelanconga­n meninjau ke beberapa lokasi pelanconga­n menarik yang perlu ditambah baik.
 ??  ?? JAMAWI menyampaik­an sumbangan kepada golongan belia di kampung itu.
JAMAWI menyampaik­an sumbangan kepada golongan belia di kampung itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN penduduk Kg Rundum serta Jamawi mendengar taklimat sempena Kursus Pembanguna­n dan Penanaman Sayuran Tanah Tinggi itu.
SEBAHAGIAN penduduk Kg Rundum serta Jamawi mendengar taklimat sempena Kursus Pembanguna­n dan Penanaman Sayuran Tanah Tinggi itu.
 ??  ?? JAMAWI menunjukka­n isyarat ‘bagus’ ketika bertemu dengan usahawan belia.
JAMAWI menunjukka­n isyarat ‘bagus’ ketika bertemu dengan usahawan belia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia