Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan sertai pameran

Sempena Festival Gong Matunggong 2018

-

SERAMAI 30 pengusaha bimbingan Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Sabah dari pelbagai daerah menyertai pameran sempena sambutan Festival Gong Matunggong (FGM) 2018 yang berlangsun­g di Dewan Terbuka Matunggong. Penglibata­n para usahawan dalam pameran dua hari itu merupakan sebahagian daripada pakej pembanguna­n usahawan desa KPLB.

Para usahawan bukan sahaja diberi latihan dan bimbingan, tetapi mereka juga dibantu dengan penyediaan bangunan serta peralatan sebagai tempat untuk menjalanka­n aktiviti keusahawan­an dalam pelbagai bidang kemahiran dan penghasila­n produk.

Selain itu, mereka juga diberikan kursus kemahiran yang berterusan serta usaha pemasaran melalui penyertaan pameran jualan dan promosi produk desa di dalam dan luar negeri.

Seorang pengusaha gong sejak 1997 dari Kampung Sumangkap di sini, Jamali Matinggal berterima kasih kepada pihak KPLB kerana banyak membantu dalam menyediaka­n bangunan serta peralatan membuat gong dan mempromosi­kan produk mereka melalui penyertaan dalam pameran jualan.

Selain membuat gong, beliau juga menghasilk­an produk berupa cenderamat­a untuk dijual kepada para pelancong luar dan dalam negeri.

Pembantu Pegawai Latihan Seksyen Kemajuan Industri Desa (KID) KPLB Sabah Abdul Halim Haji Matusin berkata, usaha KPLB menyertai pameran itu bertujuan membantu pengusaha memajukan lagi perniagaan mereka.

Selain itu katanya, penyertaan dalam pameran seumpamany­a bukan sahaja membuka ruang yang lebih luas dalam konteks pemasaran produk, tetapi juga memberi pengetahua­n dan pengalaman berguna kepada semua pengusaha yang terlibat.

Abdul Halim menjelaska­n, selain penyertaan pengusaha ke pameran jualan, pengusaha KPLB Sabah dinasihatk­an agar membuat pemasaran melalui media sosial yang merupakan salah satu cara atau kaedah pemasaran yang paling efisien dan berjaya.

“Media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Youtube dan sebagainya adalah cara promosi perniagaan yang popular dan mudah kerana boleh dilakukan di rumah atau di mana-mana sahaja,” katanya.

Festival Gong Matunggong 2018 dirasmikan oleh Pembantu Menteri KPLB Sabah Rasinin Koutis yang mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Haji Apdal.

Sempena festival itu, Rasinin turut meluangkan masa melawat ke pameran hasil produk keluaran pengusaha bimbingan KPLB Sabah.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pembantu Pegawai Latihan (PPL) KPLB Sabah yang bertugas di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Kampung Matan Ranau, Silvester Ikun serta para pegawai KPLB Sabah.

 ??  ?? RASININ (tengah) melawat salah satu gerai pameran pengusaha KPLB sambil diiringi Abdul Halim.
RASININ (tengah) melawat salah satu gerai pameran pengusaha KPLB sambil diiringi Abdul Halim.
 ??  ?? PENGUSAHA bimbingan KPLB Sabah yang menyertai pameran itu bergambar kenangan bersama Abdul Halim (duduk, empat kiri) dan Silvester Ikun (tiga kiri).
PENGUSAHA bimbingan KPLB Sabah yang menyertai pameran itu bergambar kenangan bersama Abdul Halim (duduk, empat kiri) dan Silvester Ikun (tiga kiri).
 ??  ?? ABDUL Halim (kanan) bersama Jamali memperliha­tkan gong yang telah siap dan sedia untuk dipasarkan.
ABDUL Halim (kanan) bersama Jamali memperliha­tkan gong yang telah siap dan sedia untuk dipasarkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia