Utusan Borneo (Sabah)

Jakmas KKTM anjur Pertanding­an Da’I Muda UMS pertama

Agar pelajar cakna dengan isu semasa

-

KOTA KINABALU: Jawatankua­sa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM) buat pertama kali mengadakan Pertanding­an Da’I Muda UMS di universiti berkenaan.

Pertanding­an yang berlangsun­g selama dua hari itu mendapat sokongan penuh daripada pelajar UMS. Pertanding­an diadakan di DewanUtama­KolejKedia­man Tun Mustapha.

PengarahPr­ogramNadzm­ar Dolla berkata, program di bawah exco kerohanian itu bertujuan mencipta satu pertanding­an yang memberi impak berpanjang­an kepada peserta dan penonton.

“Saya rangka program ini dengan tujuan mahu pelajar cakna dengan isu semasa dan memahami isu melalui konsep agama Islam khususnya.

“Pertanding­an ini secara tidak langsung dapat membentuk sikap berani pelajar dalam bidang pengucapan awam.

“Pertanding­an ini juga sebenarnya akan membuatkan peserta berani tampil di hadapan lebih 100 pelajar yang

HASBULLAH merasmikan Pertanding­an Da’i KKTM 2018.

datang menonton,” katanya.

Juara Pertanding­an Da’I Muda UMS Norhisam Hashimudin berpuas hati dengan pertanding­an itu.

Beliau yang membawa tajuk ‘Teknologi Alat Kemajuan atau Kemunduran’ telah membuat juri terpegun dengan peyampaian­nya. Juara telah membawa pulang hamper, sijil dan trofi.

Menurut Felo Penyelaras Salwa Naidin, program itu merupakan idea bersama Jakmas dan Barisan Felo dengan tujuan mencipta satu sejarah program berimpak tinggi di UMS.

“Kami mewujudkan pertanding­an ini buat kali pertama dengan hasrat pertanding­an seperti ini akan dibawa ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Da’i Muda UMS musim pertama itu dengan menggunaka­n dua bahasa iaitu Melayu dan Arab diadili juri jemputan yang juga pemenang Da’i Muda Rancangan TV3 2017, Da’i Aiman.

Pertanding­anitudiras­mikan oleh Pengarah Majlis Ugama Islam Sabah Datuk Seri Panglima Dr Hj Hasbullah Taha serta dihadiri oleh maahad tahfiz Prihatin Sabah.

 ??  ??
 ??  ?? HISYAM juara Da’i 2018 KKTM.
HISYAM juara Da’i 2018 KKTM.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia