Utusan Borneo (Sabah)

Kelab PEMADAM UMS anjur Media Literacy

-

KOTA KINABALU: Kelab Mahasiswa PEMADAM Universiti Malaysia Sabah (KMPUMS) bekerjasam­a dengan PEMADAM Negeri Sabah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah Kota Kinabalu untuk mengadakan Program Media Literacy.

Program itu bertujuan mendedahka­n bahaya dan jenayah dadah melalui media serta langkah-langkah untuk mencegah dan mengelakka­n jenayah dadah. Seramai 40 pelajar UMS terlibat dengan program berkenaan.

Program Media Literacy dirasmikan oleh Mohd Yassin Ibrahim selaku Timbalan Setiausaha Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah merangkap Bendahari PEMADAM Negeri Sabah.

Turut hadir Jossie Ansilmus@ Siti Aishah selaku Setiausaha Kerja PEMADAM Negeri Sabah, Zuraidah Jamrin Pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) dan Deena Syazwani Najah Mohd Norshah selaku wakil Persatuan Mahasiswa Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan.

Penceramah Program 'Media Literacy'merupakan Inspektor Sri Kamala Kannan A/L Ganison dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah Kota Kinabalu, Sabah.

Beliau berkongsi ilmu tentang jenayah dadah dan langkah-langkah mengelakka­n jenayah berkenaan berlaku.

Program Media Literacy telah memberi pendedahan

PARA peserta program Media Literacy bergambar bersama penceramah.

dan menambah ilmu pengetahua­n tentang penyalahgu­naan dadah dan kesannya.

Turut menyemai dan menanam sikap menjauhkan diri daripada dadah dan mewujudkan gaya hidup sihat tanpa dadah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia