Utusan Borneo (Sabah)

Mahasiswa Mesra Desa eratkan silaturahi­m antara mahasiswa dan penduduk kampung

-

LAHAD DATU: Seramai 22 ahli kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyertai program kemasyarak­atan Mahasiswa Mesra Desa bertempat di KampungKom­pleksAnjun­g Teduh, Lahad Datupada 3 sehingga 6 November lalu.

Program itu diadakan bagi mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara mahasiswa PRS dan penduduk kampung.

Program itu dianjurkan oleh Kelab Pemimbing Rakan Siswa, UMS bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan dan semangat cinta akan ilmu kepada anak-anak peneroka, selain menerapkan nilai-nilai murni dalam dalam diri ahli PRS serta penduduk kampung seperti amanah, tolong-menolong dan cinta akan alam sekitar.

Antara aktiviti-aktivti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsun­g ialah gotong-royong sekitar masjid, senamrobik bersama penduduk kampung, memberikan motivasi dan ceramah kepada anakanak peneroka khususnya tingkatan 5 dan tahun 6 yang bakal menempuh dunia pengajian tinggi dan alam sekolah menengah, melukis mural di Tabika Kemas, dan Mega Rewang.

Turut hadir dalam penutupan program berkenaan ialah Pengurus LadangSaha­batDua,Ahmad Matiaman merangkap penyelaras Kampung Kompleks Anjung Teduh bagi menyampaik­an ucapan dan tanda penghargaa­n beliau dalam penutupan program berkenaan.

“Saya sangat bersyukur dan terharu kerana pihak penganjur memilih kampung kami untuk mengadakan pelbagai aktiviti khususnya dalam aktiviti kemasayara­katan dan memberikan motivasi kepada anak-anak Felda sebagai persediaan mereka kelak walaupun terpaksa menempuh lebih 8 jam perjalanan untuk sampai ke kampung kami ini,” kata Penyelaras Kampung Felda Anjung Teduh.

 ??  ?? AHLI jawatankua­sa program bergambar bersama keluarga angkat.
AHLI jawatankua­sa program bergambar bersama keluarga angkat.
 ??  ?? AKTIVITI gotong-royong bersama pelajar Sekolah Agama Anjung Teduh.
AKTIVITI gotong-royong bersama pelajar Sekolah Agama Anjung Teduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia