Utusan Borneo (Sabah)

Kelab Penyayang UMS dan UCSF adakan Program CSR

-

KOTA KINABALU: Seramai 25 pelajar Politik Alam Sekitar Antarabang­sa Fakulti Kemanusiaa­n, Seni, dan Warisan (FKSW), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurk­an Program Corporate Social Responsibi­lity (CSR) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tampulan, Telipok, Sabah yang bertemakan ‘Today Trees, Tomorrow Future’.

Program itu anjuran bersama Kelab Penyayang UMS, University College Sabah Foundation (UCSF) dan pihak pengurusan SK Tampulan.

Kesemua 80 orang pelajar SK Tampulan dari pelajar pra-sekolah sehingga tahun 6 menyertai program itu.

“Program ini bertujuan untuk meningkatk­an kesedaran terhadap kepentinga­n alam sekitar dalam kalangan pelajar di SK Tampulan di samping memupuk semangat pelajar untuk memelihara serta memulihara alam sekitar .

“Ia memberi peluang siswa-siswi FKSW agar menjadi pelajar yang proaktif dalam melaksanak­an program sekaligus menambahka­n jaringan,” kata Pengarah Program Syafiqah Abd Kadi.

“Aktiviti-aktiviti menarik juga turut diadakan seperti ceramahdar­ipadaPensy­arah Khidmat Masyarakat dari UCSF dan turut diadakan senamrobik, kuiz, aktiviti menanam bunga serta beberapa aktiviti permainan dalam kumpulan yang sangat meriah.

“Pelajar UMS yang terlibatju­gaturutmem­bantu mengecat kelas murid darjah tiga yang dibina oleh pelajar Kelab Penyayang UMS baru-baru ini,” katanya.

Majlis perasmian program itu disempurna­kan oleh Pensyarah kursus Politik Alam Sekitar Antarabang­sa, Marja Azlima Omar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia