Utusan Borneo (Sabah)

NAFAS tawar harga diskaun sempena MAHA 2018

-

SERDANG: Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menawarkan diskaun antara 30 hingga 40 peratus bagi produk-produk mereka sempena Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n Antarabang­sa (MAHA) 2018, di sini.

Pengurus Bahagian Pemasarann­ya, Faizah Jamaludin berkata setiap hari sepanjang MAHA, terdapat waktu-waktu tertentu pihak NAFAS akan mengadakan waktu ‘happy hour’ yang mana produkprod­uk pertubuhan itu dijual dengan harga lebih rendah.

Beliau berkata langkah itu diambil bukan sahaja untuk menarik lebih ramai pengunjung ke pavilion NAFAS, malah secara tidak langsung dapat memberi input kepada orang ramai mengenai produk-produk hasil jenama ‘Peladang’ yang dikeluarka­n pertubuhan itu.

“Masa happy hour memang murah betul, terutama pes pelbagai masakan, empat bungkus hanya RM10. Memang kita beri harga yang berpatutan kepada pengunjung,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di MAHA baru-baru ini.

Orang ramai boleh berkunjung ke Pavilion Nafas yang terletak di Dewan A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini dan seharusnya tidak melepaskan peluang mendapatka­n produkprod­uk Peladang dengan harga yang rendah di pasaran pada waktu happy hour tersebut.

Faizah berkata, dalam segmen makanan, ada beberapa kategori produk seperti cip buah-buahan yang dihasilkan daripada buah-buahan segar terus dari ladang terpilih turut dipasarkan.

Antaranya cip nangka, nanas, cendawan, mangga dan betik yang pastinya memenuhi cita rasa pelanggan yang menggemari makanan tersebut, tambah beliau. NAFAS juga mengeluark­an produk makanandal­amtinantar­anya kari ayam, kari daging, kari ikan keli dan sambal ikan keli yang amat sesuai bagi mereka yang melancong dalam dan luar negara, katanya.

Beliau berkata terdapat juga enam jenis sos antaranya sos cili pedas, lada hitam, cendawan, tomato, cili betik dan cili nanas dikeluarka­n oleh pertubuhan itu yang pasti menambah selera hidangan.

Faizah berkata, pihaknya juga mengeluark­an empat jenis biskut di bawah jenama Peladangia­itubutterc­ookies, oat & walnut cookies, double chocolate chip cookies dan mix fruits cookies.

Pavilion NAFAS juga menawarkan program interaktif yang dinamakan Agrokids, yang mana kanakkanak boleh menimba ilmu sains menerusi eksperimen yang dijalankan di situ antaranya mempelajar­i caracara membuat mayones, sabun, terarium dan aiskrim.

Pengunjung juga dapat merasai pengalaman menggunaka­n video visual realiti (VR) yang menayangka­n keadaan sebenar di kilang memproses baja, bermula daripada pemilihan bahan mentah sehingga proses pembungkus­an. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia