Utusan Borneo (Sabah)

SOP keselamata­n transfusi darah terus dipertingk­at

-

KOTA KINABALU: Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk setiap rawatan yang melibatkan penggunaan bekalan darah di negeri ini terus dipertingk­atkan demi menjamin kesihatan berterusan pesakit.

Ketua Perkhidmat­an Perubatan Transfusi Sabah Doktor Pakar Perubatan Transfusi Hospital Queen Elizabeth II Dr Shahnaz Irwani Sabri berkata transfusi darah adalah rawatan yang melibatkan pemindahan produk darah ke dalam badan pesakit.

Katanya, setiap kakitangan yang terlibat dalam aktiviti pemindahan darah perlu memberi penekanan teliti terhadap aspek penting dalam prosedur berkenaan kerana kegagalan mematuhi SOP akan memberi impak negatif yang sangat merbahaya.

“Transfusi darah diperlukan bagi menyelamat nyawa pesakit yang memerlukan rawatan seperti pendarahan seriusdise­babkankema­langan, pembedahan major atau komplikasi semasa bersalin, anemia seperti talasemia, leukemia atau kanser dan banyak lagi.

“Oleh itu, adalah perlu pengetahua­n dan pemahaman terhadap SOP transfusi darah ini terus dipertingk­atkan dalam kalangan jururawat bertugas bagi membantu merawat dan menyelamat­kan pesakit,” katanya semasa menyampaik­an ceramah bertajuk ‘Consent and judicious use of blood and blood products’ pada bengkel ‘Transfusio­n Safety For Nurses’.

Seramai 50 orang terlibat dalam bengkel selama dua hari itu yang bermula Isnin di Hospital Wanita dan KanakKanak Sabah (HWKKS), yang tentunya banyak memberi pengetahua­n dan kesedaran kepada peserta mengenai pentingnya mematuhi peraturan itu.

Ketua Unit Perubatan Transfusi HWKKS Dr Jamaludin Mail ketika ditemui berharap pelaksanaa­n bengkel sedemikian akan dapat memperting­katkan kesedaran kalangan jururawat terhadap kepentinga­n mematuhi SOP.

Jelasnya, bengkel itu akan terus dilaksanak­an dengan lebih kerap dan meliputi pelbagai anggota di hospital itu agar sentiasa jelas dan faham mengenai prosedur

ANTARA urusetia yang terlibat dalam menjayakan bengkel berkenaan.

berkenaan.

Para peserta bengkel turut berpeluang­mempraktik­secara langsung beberapa prosedur seperti proses permohonan dan pengambila­n sampel darah serta terlibat dalam penilaian awal mengenai pengetahua­n terhadap aktiviti transfusi darah.

 ??  ??
 ??  ?? JAMALUDIN semasa menyampaik­an taklimat pelaksanaa­n bengkel berkenaan.
JAMALUDIN semasa menyampaik­an taklimat pelaksanaa­n bengkel berkenaan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta yang terlibat menjayakan bengkel berkenaan.
SEBAHAGIAN peserta yang terlibat menjayakan bengkel berkenaan.
 ??  ?? PARA peserta turut mempraktik­kan pelaksanaa­n SOP melalui aktiviti berkumpula­n yang dilaksanak­an pada bengkel berkenaan.
PARA peserta turut mempraktik­kan pelaksanaa­n SOP melalui aktiviti berkumpula­n yang dilaksanak­an pada bengkel berkenaan.
 ??  ?? SHAHNAZ semasa menyampaik­an ceramah pada bengkel itu.
SHAHNAZ semasa menyampaik­an ceramah pada bengkel itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia