Utusan Borneo (Sabah)

Rogol pekerja OKU, majikan ditangkap

-

SIBU: Seorang majikan lelaki ditangkap kerana disyaki merogol seorang pekerja OKU yang baharu berkahwin awal tahun ini.

Berdasarka­n fakta kes, pengadu (suami mangsa), menyatakan bahawa isterinya, 24, mendedahka­n pengalaman buruk itu pada jam 7 petang Khamis minggu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superinten­den Martin Koo berkata, suspek 40, dipercayai merogol mangsa sebanyak tiga kali di tempat kerjanya.

“Kali pertama pada Mei 2017, kemudian Ogos 2017 dan April 2018.

“Mangsa juga telah diugut suspek agar tidak memberitah­u sesiapa tentang hal tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Katanya, isteri pengadu yang mengalami cacat pendengara­n sejak kecil dipercayai dirogol di dalam bilik di sebuah premis di Jalan Muhibah Rejang Park dekat sini.

Menurut Martin, mangsa yang berasa bersalah terhadap pengadu mendedahka­n igauan hitam yang menyelubun­ginya sejak mereka berkahwin awal tahun ini.

Difahamkan, mangsa mula bekerja dengan syarikat milik suspek sejak 2014.

“Bagaimanap­un mangsa tidak dapat mengingati tarikh sebenar kejadian, cuma ingat dia pernah dirogol tiga kali.

“Mangsa hanya ingat masa sahaja lebih kurang jam 5.30 petang dalam kesemua insiden rogol itu apabila kesemua pekerja sudah pulang,” jelasnya.

Katanya mangsa mendakwa dia ditarik suspek masuk ke dalam bilik sebelum merogolnya.

Selepas laporan polis dibuat, mangsa telah dihantar ke Hospital Sibu untuk pemeriksaa­n lanjut.

“Suspek ditangkap dan akan direman tujuh hari untuk membantu siasatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, sebuah telefon bimbit milik suspek juga dirampas polis.

Kes tersebut disiasat mengikut Sekysen 376 Kanun Keseksaan kerana disyaki merogol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia