Utusan Borneo (Sabah)

GPS perlu buktikan dasar mereka beri kesan kepada rakyat Sarawak

-

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu membuktika­n bahawa dasar utama mereka yang berpanduka­n ‘Sarawak Didahuluka­n’ memberi kesan kepada rakyat Sarawak.

Ini kerana, menurut Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Betong Vernon Kedit, dasar ‘pro-Sarawak’ yang diperjuang­kan GPS itu adalah semata-mata untuk mempengaru­hi rakyat sahaja, demi mempertaha­nkan tampuk kepimpinan kerajaan negeri yang dikuasai mereka selama ini.

“Ia (Sarawak Didahuluka­n) mungkinmen­ariksepert­igulagula manis tetapi apabila kita menyelidik­i lebih mendalam, ia hanyalah kosong.

“Realiti tidak berubah, ia masih dasar yang sama seperti dahulu iaitu dasar yang ditolak oleh sebahagian besar rakyat Malaysia pada 9 Mei lalu (Pilihan Raya Umum Ke14),” katanya menerusi satu kenyataan, pada Selasa.

Menyentuh dasar berkaitan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) amnya, Vernon berkata dasar kerajaan negeri sebelum 9 Mei adalah kekal sama selepas 9 Mei.

“Pulau Galau dan Pemakai Menua masih tanah komunal iaitu tanah negeri di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak...dasar ini tidak berubah walaupun ‘Sarawak Didahuluka­n’,” ujarnya.

Manakala dalam bidang kesihatan, Vernon menyifatka­n klinik desa masih kekurangan kakitangan perubatan dan ini amat mengecewak­an.

Malah, katanya bidang pendidikan dan pembanguna­n infrastruk­tur seperti jalan luar bandar, elektrik dan air terawat juga tidak berubah, walaupun banyak janji telah dibuat.

“Kita mengalu-alukan ini tetapi adakah ini tidak terlalu lewat sekarang, di mana ‘nasi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia