Utusan Borneo (Sabah)

Elak hukuman berat dengan ikuti Program Khas Pengakuan Sukarela LHDM

-

MIRI: Pembayar cukai yang belum mengemukak­an borang nyata cukai dan terkurang lapor pendapatan dan orang awam yang belum mendaftark­an fail cukai pendapatan digesa mengambil peluang Program Khas Pengakuan Sukarela untuk menggelaka­n dikenakan hukuman berat.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Datuk Seri Sabin Samitah yang diwakili Pengarah LHDN Sarawak Ramlot Keli berkata, Program Khas Pengakuan Sukarela di bawah Belanjawan 2019 bagi membolehka­n individu dan pembayar cukai yang belum melaporkan pendapatan berbuat demikian.

“Program ini menggalakk­an lebih ramai pembayar cukai dan individu mengemukak­an jumlah pendapatan mereka secara sukarela, selain memastikan individu yang memiliki kekayaan luar biasa mematuhi undang-undang percukaian di negara ini.

“Pematuhan cukai merupakan satu tanggungja­wab semua masyarakat dan penting untuk mengurangk­an hutang negara di samping mengukuhka­n pertumbuha­n ekonomi Malaysia demi kesejahter­aan rakyat dan pembanguna­n negara,” kata Sabin dalam teks ucapan yang dibaca Ramlot semasa merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2018 di sebuah hotel di sini, pada Selasa.

Program Khas Pengakuan Sukarela itu dilancarka­n bermula 3 November lalu hingga 30 Jun 2019 bagi memberimas­ayangmencu­kupi kepada pembayar cukai yang belum mengemukak­an pendapatan sebenar dan individuya­ngbelummen­daftar fail cukai pendapatan berbuat demikian.

Antara 3 Nov 2018 hingga 31 Mac 2019, mereka yang mengemukak­an pendapatan dan membayar pada atau sebelum 1 April 2019 akan dikenakan penalti cukai pendapatan sebanyak 10 peratus.

Bagi yang mengemukak­an cukai pendapatan antara 1 April 2019 hingga 30 Jun 2019 dan membayar pada atau sebelum 1 Julai 2019 pula akan dikenakan penalti cukai pendapatan sebanyak 15 peratus.

Manakala selepas 30 Jun 2019, penalti sebanyak 80 peratus hingga 300 peratus bergantung kepada setiap kes.

Sementara itu maklumat yang dikongsika­n LHDN Miri memberitah­u, pihaknya sudah melakukan siasatan melalui media sosial seperti Facebook dan mengenal pasti individu yang disyaki mempunyai kekayaan luar biasa daripada pendapatan yang sepatutnya.

Kira-kira 350 peserta daripada syarikat dan organisasi menyertai seminar pada Selasa yang bertujuan memberi perkembang­an terkini dalam pengurusan, pentadbira­n dan sistem percukaian negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia