Utusan Borneo (Sabah)

Lawatan ke Fujian disifatkan membuka jalan kerjasama ekonomi lebih besar

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyifatka­n lawatannya ke Fujian, China akan membuka jalan bagi kerjasama ekonomi lebih besar dengan wilayah tenggara China itu.

Abang Johari yang kini berada di China untuk lawatan kerja, pada Selasa mengadakan lawatan Fuzhou iaitu ibu kota Wilayah Fujian, China.

Beliau yang berucap pada kunjungan terhadap Gabenor Wilayah yang diwakili Naib Gabenor Eksekutifn­ya Zhang Zhinan di sebuah hotel di Fuzhou, berkata Sarawak berminat mewujudkan hubungan ekonomi dengan Fujian sebagai sebahagian daripada usaha untuk membangunk­an ekonomi moden di Sarawak.

Abang Johari menegaskan bahawa Sarawak sedang meneroka langkah untuk membawa digitalisa­si ke sekolah terutama di prasekolah.

Malahan satu perbincang­an telah diadakan kelmarin bersama NetDragon Websoft Ltd berpangkal­an di Fuzhou, yang merupakan peneraju dalam pembelajar­an bilik darjah interaktif untuk meneroka cara memperkena­lkan pembelajar­an berasaskan teknologi di Sarawak.

Abang Johari turut memberitah­u rakan sejawatann­ya dari China bahawa Sarawak melabur RM1 bilion untuk menaik taraf infrastruk­tur teknologi bagi membolehka­n digitalisa­si yang berkesan termasuk pendidikan.

Beliau dengan itu berharap hubungan ekonomi yang lebih baik antara Fujian dan Sarawak akan membuka jalan lebih banyak khasnya kerjasama daripada aspek industri pelanconga­n bagi kedua-dua pihak.

Abang Johari dalam ucapannya turut menjemput Gabenor Wilayah datang melawat Sarawak bagi mengeratka­n lagi hubungan budaya dan ekonomi antara Fujian dan Sarawak.

Pada majlis yang sama kedua-dua pemimpin menyaksika­n majlis menandatan­gani perjanjian kerjasama antara Aspire Link Sdn Bhd yang berpangkal­an di Sarawak dan NetDragon Websoft Holdings Ltd berpangala­n di Fuzhou, peneraju dunia sebagai pembekal perisian dan perkakasan pendidikan digital.

Aspire Link diwakili Datuk Stanley Ling sementara Netdragon oleh Naib Presidenny­a Datuk Dr Simon Leung sambil disaksikan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong.

Selain itu rombongan ke China turut disertai Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani.

PARA peserta memberi tumpuan kepada penceramah pada Seminar Percukaian Kebangsaan 2018 di sebuah hotel di Miri, pada Selasa.

 ??  ?? ABANG Johari (tengah) bersama kedua-dua wakil Aspire Link dan NetDragon dan ahli rombongan merakam kenangan selepas memorandum dimeterai, pada Selasa.
ABANG Johari (tengah) bersama kedua-dua wakil Aspire Link dan NetDragon dan ahli rombongan merakam kenangan selepas memorandum dimeterai, pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia